mcmc
GaleriMaklumat KomunitiMaklumat Setempat

Dua projek MCMC tersenarai sebagai finalis untuk WSIS Prizes 2025

Kami Tersenarai untuk WSIS Prizes 2025 di Geneva – Sokongan Anda Diperlukan! MCMC Negeri Selangor berbangga kerana dua projek kami tersenarai sebagai finalis untuk WSIS Prizes 2025! Kami memerlukan undi anda untuk membawa projek ini ke peringkat global.

Sokong projek kami dalam kategori berikut:

Kategori AL C2 – Infrastruktur Maklumat dan Komunikasi

Connecting Kerling: Akses Internet Universal

• Menyambungkan KOA Kerling menggunakan teknologi satelit, projek pertama seumpamanya di Malaysia – satu sejarah buat MCMC, untuk pendidikan dan peluang ekonomi.

Kategori AL C11 – Kerjasama Antarabangsa dan Serantau

Stingray II: Transformasi Digital di Pulau Ketam

• Menyambungkan Pulau Ketam dengan internet berkelajuan tinggi melalui kabel bawah laut sepanjang 46.4 km, menyokong pendidikan, kesihatan, dan ekonomi.

Cara Mengundi:

1 Layari: https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/Prizes/Prizes/

2 Cari kategori:

AL C2 untuk Connecting Kerling

AL C11 untuk Stingray II

3. Sila Undi kedua-dua projek!

Tempoh mengundi: 11 April 2025 – 30 April 2025.

Undi anda penting – terima kasih kerana menyokong kami !