Maklumat Komuniti | 8 August 2026

Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

📢

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

📅 Sabtu, 8 Ogos 2026

🕒 3.00 Petang

📍 YouTube Live MyCreative Ventures (@mycreativegroup) dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

💬 Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!

#DKK2026#IndustriMuzik

#MyCreativeGroup

#RIUH#BASKL