mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – MAC 2018

i) DASHBOARD MYSHOP & MIROSOFT EXCEL

Tarikh         : 1 & 21 MAC 2018

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 8 orang 

TUJUAN

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajar para ushawan Pi1M bagaimana untuk memasukkan produk-produk masing2 kedalam dashboard MyShop serta latihan Microsoft bahagian formatting dan formula diajar kepada guru-guru tabika kemas dan golongan dewasa yang lain.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti seperti Dashbaord MyShop & Microsoft Office Excel, para peserta dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang maklumat MyShop dan juga Micrososft Excel secara lebih mendalam lagi. Para peserta juga di berikan pembelajaran sokongan iaitu Klik Dengan Bijak (Melayari Web Dengan Selamat).

Lihat Gambar Di Sini

 

ii) AKTIVITI LEPASAN SEKOLAH (DAFTAR UPU)

Tarikh         : 15 MAC 2018

Masa          : 3.00 – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 6 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi sedikit pencerahan dan cara untuk mendaftar secara ats talian ke Universiti Tempatan dengan mendaftar ke system UPU. Pelajar diajar secara betul bagaimana mahu mengisi borang UPU beserta dilengkapi dokumen atau lampiran yang sah.

AKTIVITI

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi sedikit pencerahan dan cara untuk mendaftar secara atas talian ke Universiti Tempatan dengan mendaftar ke system UPU. Pelajar diajar secara betul bagaimana mahu mengisi borang UPU beserta dilengkapi dokumen atau lampiran yang sah.

Lihat Gambar Di Sini

 

iii) PROGRAM KOSPEN – BELIA CERGAS WANITA

Tarikh         : 17 MAC 2018

Masa          : 9.00 Pagi– 12.30 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 10 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi memperkenalkan KOSPEN kepada belia wanita sekitar Batang Kali serta memperkenalkan Dashboard Mobile Apps Installation serta mempromosikan kebaikan dan kemudahan menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia.

Dengan adanya KOSPEN , ini dapat memudahkan para penduduk untuk memeriksa kesihatan mereka tanpa pergi ke klinik di pekan berdekatan. Ini juga membantu penduduk supaya lebih peka tentang tahap kesihatan masing-masing dan juga cuba untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas Pi1M dan juga AJK Lokaliti Kospen yang berdekatan.

AKTIVITI

Antara aktiviti – aktiviti KOSPEN yang diadakan adalah :-

  • a) Pengunjung mendaftar borang KOSPEN dan juga borang ahli kepada yang berminat
  • b) Pengunjung yang hadir di ambil ukuran tinggi dan berat badan menggunakan peralatan yang telah disediakan oleh Kospen
  • c) Pengunjung diperiksa tahap kesihatan mereka dengan pemeriksaan darah tinggi dan glukosa di dalam badan. Pengunjung juga ditanya mengenai        sejarah penyakit diri sendiri serta keluarga .

d) Mereka juga diberi sedikit pendedahan berkenaan sistem Dashboard MyHealth dengan sistem pemantauan tahap kesihatan yang menyeluruh.

Lihat Gambar Di Sini

 

iv) AKTIVITI SEKOLAH RENDAH (KUIZ KDB KAHOOT IT & EDIT POSTER)

Tarikh         : 21 & 22 MAC 2018

Masa          : 3.00 – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 16 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang berkaitan dengan ICT.Para pelajar juga dapat mengenali mempelajari tentang KDB mobile e-waste dan Chek Your Label.Pelajar juga dapat mempelajari tentang bagaimana untuk menyunting poster secara atas talian.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti sebegini, kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai lagi permainan pendidikan berfaedah yang ada di atas talian. Ini juga menambah aktiviti sempena cuti sekolah mereka.

Lihat Gambar Di Sini