mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – OGOS 2019

i) Bengkel dan Tutorial DIY Rak Anjuran bersama KEMAS Hulu Selangor

Tarikh         : 1 Ogos 2019

Masa          : 9.00 Pagi– 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 40 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan promosi PI kepada ahli ahli KEMAS Hulu Selangor bagi merapatkan lagi hubungan baik dengan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan serta memperbanyakkan lagi aktiviti berfaedah di PI.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan memberi penerangan ringkas tentang PI dan manfaatnya kepada pengunjung serta pendedahan berkenaan dengan PI dan KDB. Setelah itu, petugas memastikan agar bengkel DIY dan tutorial yang dibuat memenuhi objektif aktiviti dengan dimulakan penerangan ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan iaitu tutorial DIY Rak dengan setiap peserta dibekalkan rak plastic secara percuma.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana pengunjung yang hadir dapat mengetahui akan kewujudan PI yang banyak memberi manfaat kepada rakyat selain peserta yang menyertai aktiviti ini dapat membuat rak DIY secara percuma dan cepat dan boleh membawa balik rak yang siap dibina.

  • Peserta juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Sebenarnya.my. Bengkel ini turut disertai oleh VIP iaitu Pegawai KEMAS Hulu Selangor Pn Asyikin Aris.

 

Lihat Gambar Di Sini

 

ii) E-Pembelajaran (Cara Penggunaan Perkongsian Google Drive & Google Docs)

Tarikh         : 2 Ogos 2019

Masa          : 3.00 Petang– 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengisi masa terluang pelajar sekolah dengan aktiviti yang berfaaedah dan menyeronokkan selain memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya pengguanaan aplikasi dan kemudahan seperti Google Drive dan sebagainya serta memberi galakan kepada pelajar supaya lebih banyak menggunakan google drive dan menyimpan kerja sekolah mereka di dalam internet.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan memastikan pelajar memahami cara penggunaan laman platform google docs supaya pelajar dapat menyimpan dokumen dengan betul dan memastikan emel yang dibina digunakan.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta pelajar dapat mengetahui beberapa bentuk platform secara atas talian yang dapat memudahkan kerja harian mereka sebagai pelajar.

 Lihat Gambar Di Sini

 

iii) Bengkel E- Kerajaan SPA Online Application & Online Exam

Tarikh         : 3 Ogos 2019

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada calon peperiksaan SPA bagaimana untuk menjawab soalan dengan betul serta memberi sedikit tunjuk ajar peserta bagaimana untuk mendaftar ke laman web SPA dan tips panduan menjawab soalan yang terdapat di atas talian

  • AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan peserta log in ke dalam system SPA. Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log in ke dalam sistem SPA dan rakan yang hadir juga turut berbincang tentang bagaimana bentuk soalan yang ditanya di dalam peperiksaan tersebut. 

    Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana calon peperiksaan senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta dapat berkongsi maklumat di antara satu sama lain akan soalan peperiksaan SPA serta secara tidak langsung melahirkan peserta yang celik IT.

  • Lihat Gambar Di Sini

 

  • iv) Bengkel E-Pembelajaran (Online Presentation Editor – Prezi)

    Tarikh         : 4 Ogos 2019

    Masa          : 3.00 Petang– 5.00 Petang

    Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

    Peserta      : 2 orang

    TUJUAN

    Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kolej tentang bagaimana untuk menggunakan platform atas talian untuk membina slide perbentangan dan sebagainya.Selain itu, petugas juga memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk daftar masuk akaun laman web tersebut bagi memastikan pelajar dapat menggunakan manfaat yang ada di dalam talian secara lebih senang dan efektif

    • AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menaip rangka kerja di Microsoft word terlebih dahulu serta menyiapkan rangka slide mereka dengan betul . Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log masuk ke dalam laman web tersebut dengan petugas memberi contoh ringkas yang boleh didapati di dalam internet dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah bagi memastikan pelajar memahami isi pengajaran terutamanya penggunaan tool yang agak banyak dan mengelirukan

      Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana pelajar kolej senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta pelajar boleh menggunakan platform online tersebut untuk menghasilkan kerja yang lebih menarik dan secara tidak langsung melahirkan pelajar yang celik IT.

 Lihat Gambar Di Sini

 

    • vi) Bengkel E-Pembelajaran  ( Latihan gerak gempur untuk pelajar sekolah pasca UPSR)

      Tarikh         : 17 Ogos 2019

      Masa          : 3.00 Petang– 5.00 Petang

      Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

      Peserta      : 2 orang

      TUJUAN

      Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar USPR akan laman web yang menawarkan latihan tubi secara percuma kepada pelajar serta sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk daftar masuk akaun laman web tersebut bagi memastikan pelajar dapat menggunakan manfaat yang ada di dalam talian secara lebih senang dan efektif.

      • AKTIVITI

      • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log masuk ke dalam laman web tersebut serta memberi contoh ringkas yang boleh didapati di dalam internet dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah bagi memastikan pelajar memahami cara menjawab soalan tersebut dan memastikan pelajar menjawab soalan tersebut sehingga habis. Selain mencari maklumat dan menjawab soalan secara individu, pelajar juga mencetak soalan dari dalam laman web tersebut.

        Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana pelajar kolej senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta pelajar boleh menggunakan platform online tersebut untuk melatih tubi dengan soalan tahun tahun yang lepas secara percuma dan secara tidak langsung melahirkan pelajar yang celik IT.

  • Lihat Gambar Di Sini

 

    • vii) Bengkel E-Pembelajaran (Online Presentation Editor & Microsoft Office Power Point)

      Tarikh         : 18 Ogos 2019

      Masa          : 3.00 Petang– 5.00 Petang

      Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

      Peserta      : 1 orang

      TUJUAN

      Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kolej tentang bagaimana untuk menggunakan platform atas talian untuk membina slide perbentangan dan sebagainya.Selain itu, petugas juga memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk daftar masuk akaun laman web tersebut bagi memastikan pelajar dapat menggunakan manfaat yang ada di dalam talian secara lebih senang dan efektif

      • AKTIVITI

      • Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menaip rangka kerja di Microsoft Power Point terlebih dahulu serta menyiapkan rangka slide mereka dengan betul . Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log masuk ke dalam laman web tersebut dengan petugas memberi contoh ringkas yang boleh didapati di dalam internet dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah bagi memastikan pelajar memahami isi pengajaran terutamanya penggunaan tool yang agak banyak dan mengelirukan

        Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana pelajar kolej senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta pelajar boleh menggunakan platform online tersebut untuk menghasilkan kerja yang lebih menarik dan secara tidak langsung melahirkan pelajar yang celik IT.

      • Lihat Gambar Di Sini

 

    • viii) Bengkel E-Pembelajaran ( Puzzle Kemerdekaan Cantum Jalur Gemilang)

      Tarikh         : 19 Ogos 2019

      Masa          : 3.00 Petang– 4.00 Petang

      Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

      Peserta      : 5 orang

      TUJUAN

      Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah serta menyemarakkan semangat kemerdekaan dikalangan anak muda.

      • AKTIVITI

      • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberi penerangan tentang Web Jigsawplanet. Puzzle ini dibuat secara individual dan peserta yang menyiapkan puzzle dengan cepat diberikan ganjaran. Setelah memberi penerangan tentang topik yang berkaitan secara ringkas, pelajar yang menyertai aktiviti ini dapat mencuba pelbagai jenis puzzle secara atas talian

        Memastikan talian internet yang laju membolehkan pelajar bermain kuiz dengan tenang

        Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana pelajar kolej senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta pelajar boleh menggunakan platform online tersebut untuk menghasilkan kerja yang lebih menarik dan secara tidak langsung melahirkan pelajar yang celik IT.

      • Lihat Gambar Di Sini