

ROTI JOHN CHEESE GEDEBUK
Pada para pengemar roti john, boleh lah mencuba resipi terbaru roti john cheese gedebuk ini dengan harga yang berpatutan. Ia boleh di dapati di pasar pagi Batang Kali, pasar malam Kuala Kubu Bharu, pasar malam Behrang 2020 ataupon melalui penghantaran ke rumah.
Untuk Tempahan Sila Hubungi : 017-2918569
Facebook : https://www.facebook.com/rotijohncheesegedebukk/

PAU YUSDAR
Kalau datang batang kali
jangan lupa cuba Pau Yudar hanya di Warung Pak Long sebelahan klinik desa batang kali
Pau yang unik, lembut, sedap & bentuk lain dari pada yang lain.
Berbagai rasa :-
+ coklat
+ kaya
+ ayam
+ kelapa
+kacang merah
+ sardin
+ bluberry
+ strawberry
Untuk Tempahan sila hubungi :
Facebook : cita yusdar
Instagram : pau_yusdar
ANOMALY LOT A BAKERY ENTERPRISE
Pengenalan
Lot A Bakery Enterprise telah menjalankan perusahaan selama 16 tahun dan syarikat ini telah didaftarkan dibawah SSM. Pengusaha , Mahanum binti Hj Mhd Shah yang berusia 52 tahun, telah memulakan perniagaan secara kecil- kecilan dengan menjual kuih-muih seperti bahulu, kuih bakar atau bahulu kemboja, kek, kek gula hangus, kek mangkuk dan muffin. Dengan hasil daripada jualan kuih tradisional tersebut, Pn. Mahanum sedikit sebanyak dapat menyimpan modal untuk memperluaskan perniagaan beliau.
Diatas permintaan yang semakin meningkat, Pn. Mahanum telah memohon kepada Jabatan Pertanian dan Risda bagi mendapatkan peruntukan untuk membeli ketuhar, mesin pembancuh, pengelip kuih dan sebuah bengkel memproses kuih. Kini, Pn. Mahanum telah mempunyai stor untuk menyimpan barang-barang asas membuat produk. Stor tersebut juga dijadikan sebagai bilik pameran hasil produk.
Kebanyakan pelanggan- pelanggan Pn. Mahanun datang dari pelbagai negeri dan membuat tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis-majlis yang lain. Disebabkan penghasilan produk yang berkualiti, kuih-muih yang dihasilkan mendapat pujian dan memuaskan hati pelanggan-pelanggan beliau.
Facebook page : Lot A Bakery Enterprise
Laman web : www.baulucikanum.komuniti-niaga.com
