KEUSAHAWANAN I – ROHAYA BINTI TAJUDIN
Pn Rohaya merupakan seorang Ejen penjual baju dress muslimah dari Kanita Collections secara online.
Nama : Pn Rohaya Binti Tajudin
Umur : 53 Tahun
Nama Perusahaan : Kanita Collections
Ahli Pusat Internet : Jun 2020
Latar belakang
Pn Rohaya merupakan seorang ejen sepenuh masa Kanita Collections. Beliau mula berjinak menjadi ejen pada sekitar bulan Disember 2019 dan mula bergiat aktif menjual dan juga memasarkan produk dari Kanita Collections. Sebelum menjadi ejen Kanita Collections, Pn Rohaya juga aktif berniaga secara kecil kecilan menjahit baju dan sebagainya bagi mendapat pendapatan sampingan dan jug abagi mengisi masa lapang. Beliau dan juga adik beliau kini aktif menjual secara atas talian baju dress muslimah tersebut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Rohaya mempunyai pengetahuan yang sederhana mahir mengenai komputer. Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau hanya menggunakan telefon pintar beliau bagi menguruskan perihal kemasukan order dan juga tempahan baju. Pada awal perniagaan, Pn Rohaya juga mempromosikan perniagaan beliau secara kaedah sebaran mulut dari rakan ke rakan yang lain dan juga menggunakan page FB untuk mempromosikan dress Kanita Collections. Oleh kerana factor umur beliau yang agak berusia, penggunaan media sosial bagi beliau adalah susah. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai kelengkapan komputer dan printing di rumah beliau menyebabkan beliau sering hadir ke pusat internet berhampiran. Pada awal perniagaan beliau meraih pendapatan tidak tetap lebih kurang di dalam RM500 – RM800.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Setelah Pn Rohaya menglibatkan diri dengan bengkel dan latihan yang diadakan di PI, beliau mampu membuka Page Facebook dan mempelajari cara untuk menjual produk di dalam web e dagang seperti Shopee dan Lazada. Tambahan pula, dengan menyertai bengkel dan latihan di PI memudahkan Pn Rohaya memperluaskan kenalan disamping mempromosikan perniagaan beliau dikalangan peserta-peserta bengkel. Kini, Pn Rohaya senang mengambil tempahan menerusi group whatsapp dan juga pesanan dari Facebook dan juga Shopee.Kini Pn Rohaya mampu meraih pendapatan RM1000 – RM1500 mengikut tempahan dan musim.
Pn Rohaya juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas Bengkel Keusahawanan ( Media Sosial ), Menyertai Bengkel Asas Media Baru serta Bengkel MyShop agar dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaan. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Sg Masin membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin. Selain itu, Pn Rohaya juga mengadakan jualan kecil di PI sempena program seperti Open Day dan Jom Sihat
Bagi beliau, Pusat Internet ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau,
Untuk menghubungi Pn Rohaya adalah Facebook Klik Di Sini. Pn Rohaya mengisi borang SSM di Internet Lihat Gambar Di Sini