mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – NOVEMBER 2020

i) BENGKEL E -PEMBELAJARAN (COMPOSE NEW EMEL AND DOWNLOAD/UPLOAD ATTACHMENTS)

Tarikh         : 10 November 2020

Masa          : 11.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 5 orang

TUJUAN

    • Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pelajar  bagaimana untuk compose emel baharu dan cara untuk memuat naik dokumen ke dalam emel masing-masing serta petugas memberi penerangan ringkas tentang cara untuk log in ke dalam emel masing-masing. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu membuat emel baru kepada pelajar yang tidak mempunyai akaun emel.

       

    • AKTIVITI

      Aktiviti utama di mulakan dengan memberi penerangan ringkas tentang kegunaan butang tools dalam emel. Setelah tu, petugas akan memastikan pelajar mempunyai akaun emel dan setiap pelajar tahu bagaimana untuk copy paste atau memuat naik dokumen dari dalam folder simpanan masing-masing.

      • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana setiap kelas yang diadakan untuk pelajar adalah berlainan. Peserta mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami selain dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. 
      • Lihat Gambar Di Sini

 

ii) BENGKEL PEMBELAJARAN ( BINA BROCHURES/FLYERS UNTUK IKLAN PERNIAGAAN)

Tarikh         : 11 November 2020

Masa          : 11.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 5 orang

TUJUAN

    • Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pelajar bagaimana untuk membuat brochure dan flyers untuk mengiklankan perniagaan masing-masing. Petugas juga memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya penggunaan tool yang tepat di dalam Microsoft Publisher tersebut.

       

    • AKTIVITI

      Aktiviti utama di mulakan dengan petugas mengajarkan cara membuat design flyers/brochure. Setelah pelajar memahami cara untuk memilih template brochure/flyers di dalam Publisher, pelajar memasukkan maklumat yang ingin dicopy ke dalam flyers/brochure masing-masing. Pelajar juga dapat mempelajari cara untuk edit dan design sendiri flyers mengikut cita rasa masing-masing.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta pelajar dapat mengetahui beberapa bentuk design dan template yang bersesuaian dengan flyers atau brochure masing-masing. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu carian info di dalam laman web yang dipercayai.

Lihat Gambar Di Sini

iii) BENGKEL E-PEMBELAJARAN ( CARA MENJAWAB TUGASAN SEKOLAH DI DALAM GOOGLE FORM)

Tarikh         : 13 November 2020

Masa          : 11.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 5 orang

TUJUAN

    • Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pelajar akan bagaimana untuk menyiapkan tugasan sekolah dan latihan yang diberikan oleh guru di dalam google drive. Petugas juga memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya penggunaan aplikasi yang betul untuk kegunaan harian selain memberi galakan kepada pelajar supaya menggunakan kemudahan internet atau aplikasi sedia ada untuk membuat tugasan sekolah.

 

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memastikan pelajar menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Office Word dan Google Doc. Setelah pelajar menyiapkan tugasan mereka menggunakan Google documents / Google Drive, petugas akan memastikan pelajar mempunyai akaun emel untuk mengakses drive tersebut dan menyimpan dokumen tersebut selepas menyiapkan tugasan berikut.Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta pelajar dapat mengetahui cara mengakses Google dokumen,sheets,slide dan sebagainya.

Lihat Gambar Di Sini

iv) BENGKEL E-DAGANG (PERKONGSIAN ILMU PERNIAGAAN MENGENAI CARA PEMASARAN EFEKTIF DENGAN PENGGUNAAN HASHTAG & TARGET LOKASI MEDIA SOSIAL)

Tarikh         : 16 dan 17 November 2020

Masa          : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi        : Batang Kali ( Online Class/Sharing ) 

Peserta      : 12 orang

TUJUAN

    • Tujuan aktiviti ini diadakan adalah berkongsi ilmu perniagaan bersama usahawan-usahawan berjaya dan yang sedang meningkat dengan memberi penerangan ringkas tentang penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran. Ia juga bersesuian dengan Norma baharu (onlineclass/sharing/meeting) sebagai pengganti kelas secara bersemuka

 

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan para pelajar dan usahawan menggunakan google meet sebagai perantara kelas/mesyuarat. Setelah memastikan peserta view maklumat dan content yang ingin dikongsi sesama peserta, setiap peserta membuat presentation tentang pengalaman dan idea mengenai bisnes mereka.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada para peserta dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen selain dapat mengetahui cara pemasaran produk dan teknik hashtag di dalam media sosial.

Lihat Gambar Di Sini

v) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (TUTORIAL MATEMATIK FORM 5 SECARA ONLINE)

Tarikh         : 18 dan 19 November 2020

Masa          : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi        : Batang Kali ( Online Class/Sharing ) 

Peserta      : 12 orang

TUJUAN

    • Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membuat tutorial online untuk subjek matematik bagi pelajar sekolah menengah dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang cara untuk menyelesaikan soalan berdasarkan soalan-soalan peperiksaan lepas dengan norma baharu (onlineclass/sharing/meeting) sebagai pengganti kelas secara bersemuka.

 

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan para pelajar, petugas Pusat Internet dan tenaga pengajar menggunakan google meet sebagai perantara kelas. Setelah memastikan peserta dapat melihat contoh soalan dan cara penyelesaian berdasarkan perbentangan yang dibuat oleh tenaga pengajar, setiap pelajar perlulah  memahami setiap topik dan soalan yang diajar.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada para peserta dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen selain dapat pelajar berbincang sesama dengan tenaga pengajar dan rakan-rakan mereka meskipun tidak dapat bersemuka secara depan-depan.

Lihat Gambar Di Sini

vi) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (KAEDAH PEMBELAJARAN ANIMASI POWER POINT UNTUK TENAGA PENGAJAR)

Tarikh         : 21 November 2020

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Batang Kali ( Online Class/Sharing ) 

Peserta      : 6 orang

TUJUAN

    • Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu bersama dengan tenaga pengajar Pusat Internet dan juga cikgu sekolah. Ia adalah untuk memberi penerangan ringkas tentang penggunaan Microsoft Office Power Point secara kreatif dengan norma baharu (onlineclass/sharing/meeting) sebagai pengganti kelas secara bersemuka.
    • AKTIVITI

      Aktiviti utama di mulakan dengan para tenaga pengajar PIK dan pendidik sekolah menggunakan google meet sebagai perantara kelas/mesyuarat. Setelah memastikan peserta view maklumat dan content yang ingin dikongsi sesama peserta, peserta membuat presentation tentang kreativiti animasi power point masing-masing dan seterusnya boleh dijadikan sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas kelak. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Microsofft Power Point.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peserta dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen serta dapat mengetahui cara penggunaaan animasi yang lebih kreatif dengan hanya menggunakan Mic Office Power Point.

 

Lihat Gambar Di Sini