mcmc
Kisah kejayaan

CELIK IT – KHISHOOR RAJ

Nama  : Khishoor Raj

Umur   : 11 Tahun 

Ahli      : November 2017

Mempelajari Asas Microsoft Office (Word dan Power Point) , Mempelajari Asas Media Baru (Internet, emel dan media social), Menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan PI serta menghadiri program seperti Open Day yang dianjurkan oleh PI.

Latar belakang

Khishoor merupakan salah seorang pelajar sekolah yang berumur 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Sejak dari tahun 2017 lagi, Khishoor kerap hadir bersama ibu dan adiknya di Pusat Internet untuk membuat kerja sekolah dan juga mencetak dokumen mahupun keperluan tugasan sekolah. Khishoor juga kerap menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan di PI dan juga luar PI bagi mengisi lapang beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan PI, beliau tidak mempunyai komputer riba dan juga printer menyebabkan beliau dan juga ibu beliau menggunakan perkhidmatan yang sedia ada di PI. Khishoor juga kadang-kadang perlu ke kedai printing yang berhampiran untuk mencetak dokumen berkenaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemudahan yang dtawarkan oleh PI banyak membantu beliau, Kemudahan menggunakan komputer pada kadar harga yang murah dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke PI. Tambahan pula Khishoor tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PI khusus untuk pelajar sekolah. Khishoor juga dilihat sennag menyiapkan kerja sekolah dengan kemudahan komputer dan internet seklai gus boleh bertanya kepada petugas PI jika ada permasalahan.

Antara penggunaan PI terhadap Khishoor adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point) dan Asas Media Baru (Internet, emel dan media social). Khishoor selalu menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan PI serta menghadiri program seperti Open Day yang dianjurkan oleh PI.

PI banyak membantu Khishoor dalam peningkatan tahap kemahiran ICT antaranya membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide, folio kerja sekolah, cairan maklumat serta dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah dengan mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik.

PI banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT.

Klik untuk melihat gambar di sebelah ini Klik Di Sini dan Klik Di Sini.