mcmc
Kisah kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN II – ROSMAWATI BINTI YUNUS

Pn Rosmawati merupakan pengusaha spa dan barangan kecantikan. Antara Servis Spa Kecantikan termasuk foot massage, full body massage, facial , body scrubb, totok wajah, sauna, eyelash liting dan sebagainya

Nama  : Rosmawati Binti Yunus

Umur   : 37 Tahun

Nama Perusahaan :  Melarossa Beauty & Spa

Ahli  Pusat Internet : September 2018

Latar belakang

Pn Rosmawati merupakan seorang pengusaha SPA sepenuh masa. Beliau mula berjinak menjadi pengusaha SPA Kecantikan pada sekitar tahun 2017 dan juga menjual beberapa barangan kecantikan. Sebelum menjadi pengusaha SPA sepenuh masa, Pn Rosmawati juga bekerja sepenuh masa di dalam sector swasta. Kini Pn Rosmawati mengusahakan SPA beliau secara sepenuh masa di dalam rumah beliau sendiri

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Rosmawati mempunyai pengetahuan yang mahir mengenai komputer. Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau hanya menggunakan telefon pintar beliau bagi menguruskan tempahan sesi spa dari pelanggan. Pada awal perniagaan, Pn Rosmawati juga mempromosikan perniagaan beliau secara kaedah sebaran mulut dari rakan ke rakan yang lain dan juga menggunakan page FB untuk mempromosikan SPA beliau. Oleh kerana beliau tidak mempunyai kelengkapan komputer dan printing di rumah beliau menyebabkan beliau sering hadir ke pusat internet berhampiran. Pada awal perniagaan  beliau meraih pendapatan tidak tetap lebih kurang di dalam RM500

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah Pn Rosmawati menglibatkan diri dengan bengkel dan latihan yang diadakan di PI, beliau mampu membuka Page Facebook dan juga Instagram serta mempelajari cara untuk menjual produk di dalam web e dagang seperti Shopee dan Lazada. Tambahan pula, dengan menyertai bengkel dan latihan di PI memudahkan Pn Rosmawati memperluaskan kenalan disamping mempromosikan perniagaan beliau dikalangan peserta-peserta bengkel. Kini, Pn Rosmawati senang mengambil tempahan menerusi group whatsapp dan juga pesanan dari Facebook dan juga Instagram serta Aplikasi Whatsapp. Kini Pn Rosmawati mampu meraih pendapatan RM800 – RM1000.

Pn Rosmawati juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya Bengkel Keusahawanan di PI dan Bengkel keusahawanan Shopee.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Melarossa Spa Lihat Gambar Di Sini serta Bengkel yang dihadiri Lihat Gambar Di Sini dan Lihat Gambar Di Sini