Nama : Faridatul Husna Bt Mohd Lizar
Umur : 12 Tahun
Ahli : April 2021
- Mempelajari cara – cara untuk menggunakan Asas Microsoft Office (Word, Power Point), menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan PI serta menyertai e-tuisyen di PIK.
Latar belakang
Husna merupakan salah seorang pelajar sekolah yang berumur 12 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Sejak dari tahun 2020 lagi, Husna kerap ke Pusat Internet untuk membuat kerja sekolah dan juga mencetak dokumen mahupun keperluan tugasan sekolah. Husna juga kerap menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan di PI dan juga luar PI bagi mengisi lapang beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan PI, beliau tidak mempunyai komputer riba dan juga printer menyebabkan beliau menggunakan perkhidmatan yang sedia ada di PI. Husna juga kadang-kadang perlu ke kedai printing yang berhampiran untuk mencetak dokumen berkenaan. Husna juga perlu meminjam netbook dari PIK untuk menyiapkan kerja sekolah dan menyertai kelas online sejak sekolah ditutup sepanjang PKP ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kemudahan yang dtawarkan oleh PI banyak membantu beliau, Kemudahan menggunakan komputer pada kadar harga yang murah dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke PI. Tambahan pula Husna tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PI khusus untuk pelajar sekolah. Husna juga dilihat sennag menyiapkan kerja sekolah dengan kemudahan komputer dan internet sekali gus boleh bertanya kepada petugas PI jika ada permasalahan. Husna juga turut menyertai e-tuisyen yang diadakan di PIK bersama rakan beliau.
PI banyak membantu Husna untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer.Selain itu juga membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh peserta kelas dengan mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik.
PI banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT.