mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – OGOS 2023

1) BASIC ICT (PENGGUNAAN JADUAL EXCEL)

Tarikh         : 1 Ogos 2023

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menggunakan tool excel untuk membuat jadual dan memberikan panduan kepada mereka untuk mengira menggunakan formula dari data yang diletakkan di dalam jadual. Selain itu, petugas juga memgajar pengguna untuk edit data dalam chart yang telah dimasukkan ke dalam excel.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Excel .Setelah itu, petugas mengajar pengguna untuk memasukkan data ke dalam cell excel dan cara untuk membuat jadual setelah selesai memasukkan data ke dalam cell tersebut. Pengguna juga diajar untuk menggunakan formula dan memasukkan pie chart ke dalam sheet tersebut dan cara edit data berdasarkan jadual.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana pengguna mempelajari lebih banyak teknik dan trik di dalam excel bagi memudahkan kerja/tugasan mereka . Petugas juga menggalakkan pengguna untuk lebih banyak menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual atau dokumen yang melibatkan pengiraan kerana lebih mudah dan sistematik. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

2) SOFT SKILL (SUNTING RESUME & CV DARI TEMPLATE ONLINE)

Tarikh         : 2 Ogos 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama lepasan sekolah mahupun mereka yang sedang mencari pekerjaan cara untuk membuat resume. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma untuk edit resume mereka. Disamping itu, mereka juga diberikan panduan bagaimana untuk menulis resume berdasarkan format (ATS) untuk peringkat entry / professional atau standard resume bergantung kepada keperluan pekerjaan yang diminta.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Resumemaker. Resume.io. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna tahu asas menaip terutama menggunakan Microsoft Word dan pengguna mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Petugas juga mengajar pengguna cara – cara memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan interaktif dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

3) ASAS KEUSAHAWANAN (PENDAFTARAN SIJIL SSM)

Tarikh         : 2 Ogos 2023

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk memperbaharui sijil SSM perniagaan mereka.  Selain itu, petugas juga memberikan panduan kepada mereka menggunakan perbankan atas talian bagi membuat pembayaran untuk pembaharuan lesen tersebut.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang pembaharuan lesen SSM. Setelah itu, petugas akan memastikan peniaga membawa dokumen berkaitan untuk memperbaharui lesen SSM. Pengguna juga diberikan tunjuk ajar cara untuk mendaftar masuk ke dalam sistem tersebut dan memastikan mereka mempunyai akaun emel yang aktif untuk pengaktifan akaun.Petugas juga memastikan peniaga mempunyai perbankan online/debit card untuk membuat pembayaran.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peniaga kerana dapat memberi pendedahan kepada peniaga akan kemudahan yang ditawarkan di PEDi. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan peniaga untuk mencuba sendiri untuk memperbaharui lesen SSM tersebut dan menjadikan peniaga lebih peka memandangkan pembaharuan lesen SSM hanya boleh dibuat menerusi atas talian sahaja tanpa perlu ke kaunter  Peniaga juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

4) STEM IOT (PENGENALAN iOT – INTERNET OF THINGS)

Tarikh         : 6 Ogos 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah rendah akan pengenalan STEM IOT secara umum. Selain itu, petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web interaktif khusus untuk pelajar sekolah rendah bagi mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Youtube. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar mempunyai asas pembelajaran subjek mudah sains bagi sekolah rendah dan pelajar melayari web tutorial sains percuma yang khusus untuk aktiviti berkaitan dengan STEM. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my. 

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan pelajar untuk menjadi golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi.

Klik Gambar Di Sini

5) E-LEARNING (KUIZ SEJARAH KEMERDEKAAN)

Tarikh         : 6 Ogos 2023

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk aktiviti khusus bertemakan kemerdakaan sempena bulan Ogos ini bagi mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Quizzies.com. Pelajar yang menyertai kuiz diberikan masa untuk membaca mengenai sejarah umum Malaysia di laman web atau di Youtube. Setelah itu, pelajar diberikan soalan kuiz sebanyak 30 soalan dan pelajar yang mendapat markah tertinggi diberikan sedikit cenderahati.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menyemarakaan semangat kemerdekaan kepada anak muda. Selain itu, ia dapat menggalakkan golongan cilik untuk menyertai pertandingan atau persaingan yang sihat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my. 

Klik Gambar Di Sini

6) BASIC ICT (PENGHASILAN BUKU SKRAP KEMERDEKAAN)

Tarikh         : 7 Ogos 2023

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar sekolah menengah untuk membuat buku skrap bertemakan kemerdekaan. Selain itu, petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk memasukkan gambar dan jadual ke dalam buku skrap serta mengajar mereka cara untuk menyimpan dokumen di dalam storan cloud Google.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office & Google Drive. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar membawa bahan atau kandungan untuk disertakan ke dalam buku skrap tersebut. Pelajar juga diajar untuk mencari sumber sah mengenai kemerdekaan Malaysia sebelum dijadikan sebagai bahan rujukan. Petugas juga akan memastikan pelajar menyimpan dokumen mereka di mana-mana storan seperti Google Drive atau pendrive.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di PEDi untuk membuat tugasan sekolah sambal diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi di samping dapat melahirkan lebih ramai pelajar sekolah yang cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

7) STEM IOT (FAST TRACK ADD MATH, SAINS & BIOLOGI)

Tarikh         : 7 Ogos 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan beberapa akaun khusus pembelajaran fast track Add Math dari Youtube kepada pelajar terutama pelajar SPM. Selain itu, petugas juga menggalakkan mereka untuk mempelajari kaedah mudah yang boleh diterima pakai di sekolah supaya dapat memperkenalkan mereka kepada beberapa website tutor seperti tutor kami untuk kelas tusyen online.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Youtube dan Tutorkami. Setelah itu, petugas akan mengajar pelajar untuk meneliti website sah yang sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan dan bagi pelajar yang telah berdaftar denagn tutorkami bagi subjek yang diinginkan, pelajar dikehendaki untuk log in ke website tersebut untuk meneruskan sesi pembelajaran/tutor. Pelajar juga dibekalkan dengan soalan kuiz setelah selesai setiap sesi pembelajaran mereka. 

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan pelajar untuk menjadi golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi serta menggalakkan persaingan sihat antara pelajar. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

8) BASIC ICT ( GOOGLE MAPS – CARA PINNED LOCATION & EDIT DETAILS )

Tarikh         : 8 Ogos 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menggunakan pinned location di dalam Google Maps. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka cara untuk edit details lokasi yang mereka sudah pinned di dalam Maps drive.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Maps & Google Business Edit. Setelah itu, petugas memastikan mereka pinned lokasi tersebut di tempat yang tepat.Petugas juga memastikan pengguna tersebut mempunyai akaun Google/Gmail untuk tujuan pengaktifan atau notifikasi dari Google.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna  kerana dapat memberikan pendedahan kepada individu untuk pinned lokasi di dalam Maps untuk kemudahan umum. Petugas juga memberikan peluang kepada mereka untuk meletakkan details mengenai perniagaan/tempat menarik di dalam Google Business.Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

9) BASIC ICT ( PENULISAN SURAT RASMI & EMEL )

Tarikh         : 9 Ogos 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menaip surat rasmi sesuai untuk badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka cara format yang tepat bagi penulisan surat rasmi serta cara untuk memuat naik dokumen kedalam google drive.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Microsoft Excel / Microsoft Word & Google Drive. Setelah itu, petugas memastikan pengguna tahu asas menaip dan penggunaan papan kekunci seperti capslock enter dan shift. Pengguna diajar untuk menggunakan features terbaru di dalam Word. Petugas juga akan memastikan pengguna tersebut mempunyai akaun Google bagi memudahkan penyimpanan dokumen.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna  kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna untuk mendalami lebih banyak tools didalam Word dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak formula ringkas atau cara copy/paste yang mudah. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak iaitu Keselamatan Berinternet dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

10) STEM IOT (DYNAMIC SYSTEMS ENGINEERING.COM)

Tarikh         : 12 Ogos 2023

Masa          : 11.00 Pagi– 1.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah rendah akan kuiz & tutorial STEM yang terdapat di web pembelajaran lain seperti Dynamic system yang memperkenalkan permainan interaktif berteraskan fizik dan sains kejuruteraan. Petugas juga mendedahkan kepada pelajar sekolah dengan permainan yang mencabar minda. 

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Engineering.com. Setelah itu, petugas memastikan pelajar boleh mengakses laman web dengan lancar dan melayari web engineering.com yang khusus untuk aktiviti berkaitan dengan STEM. Pelajar kemudian dikehendaki menjawab kuiz bagi melengkapkan tutorial/permainan tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan pelajar untuk menjadi golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi serta menggalakkan persaingan sihat antara pelajar. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

11) E-LEARNING (JIGSAW PLANET PUZZLE TEMA KEMERDEKAAN)

Tarikh         : 13 Ogos 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 5 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar sekolah untuk menggunakan web interaktif seperti permainan pendidikan khusu untuk bulan kemerdekaan bagi pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Petugas juga memberikan panduan bagi memudahkan dan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Jigsaw Planet Puzzle for Independence Day. Setelah itu, petugas memastikan pelajar tahu menggunakan tetikus dan fungsi seperti klik kanan dan sebagainya. Pelajar akses di dalam web tersebut mengikut peringkat/level masing-masing. Petugas juga memastikan pelajar memahami bagaimana untuk klik / menggerakkan puzzle tersebut menggunakan tetikus

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan mereka untuk kerap hadir ke PEDi untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik. Pelajar sekolah diberikan sedikit cenderahati sekiranya puzzle tersebut lengkap. 
      • Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.

 

12) E-LEARNING (REKA POSTER KEMERDEKAAN POSTERMYWALL)

Tarikh         : 14 Ogos 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pembelajaran kepada pelajar sekolah untuk poster sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba 31 Ogos ini menggunakan web postermywall. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka cara untuk meletakkan beberapa design yang menarik ke dalam poster mereka. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Postermywall. Setelah itu, petugas memastikan pelajar mempunyai details menarik seperti gambar bendera atau sticker ke dalam poster mereka. Petugas juga memastikan pelajar menyimpan salinan gambar/dokumen setelah selesai membuat poster tersebut.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses. Selain itu, ia juga dapat memudahkan pelajar sekolah untuk membuat tugasan sekiranya mereka mahir menggunakan komputer. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.

 

13) ASAS KEUSAHAWANAN (WHATSAPP CATALOGUE)

Tarikh         : 16 Ogos 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga cara untuk membuat Whatsapp Catalogue. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka cara untuk menggunakan aplikasi tersebut dan juga Whatsapp web bagi memudahkan muat turun/naik dokumen dari dalam telefon mereka.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Whatsapp catalogue. Setelah itu, petugas akan  memastikan peserta mempunyai telefon pintar untuk memuat turun aplikasi sekiranya masih belum ada. Petugas juga memastikan telefon mereka mempunyai storan yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang masalah dan peserta memuat turun aplikasi yang telah direkomendasi oleh petugas.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada usahawan kecil dan sederhana kerana dapat memberi pendedahan kepada usahawan kecil dan sederhana akan pelbagai aplikasi mudah yang boleh digunakan untuk mempromosi produk dan menjadikan usahawan lebih kreatif dan inovatif.
    • Peserta juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

 

14) SOFT SKILL (RESUME EDITING FOR INTERMEDIATE LEVEL)

Tarikh         : 18 Ogos 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama terutama pekerja yang intermediate level untuk menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma untuk edit resume mereka seperti resumemaker dan resume built untuk membuat resume. Disamping itu, mereka juga diberikan panduan bagaimana untuk menulis resume berdasarkan format (ATS) untuk peringkat entry / professional.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Resumemaker dan EnhanceCV. Google drive. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna tahu asas menaip terutama menggunakan Microsoft Word dan pengguna mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Petugas juga mengajar pengguna cara – cara memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan interaktif dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.

 

15) ASAS KEUSAHAWANAN (WHATSAPP BUSINESS & CATALOGUE)

Tarikh         : 25 Ogos 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 15 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga cara untuk membuat Whatsapp Catalogue. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka cara untuk menggunakan aplikasi tersebut dan juga Whatsapp web bagi memudahkan muat turun/naik dokumen dari dalam telefon mereka.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang aplikasi Whatsapp For Businesses. Setelah itu, petugas akan memastikan peserta mempunyai telefon pintar untuk memuat turun aplikasi sekiranya masih belum ada dan membuat back up data chat mereka sebelum bertukar kepada Whatsapp For Businesses. Petugas juga akan memastikan peserta bengkel mempunyai profil perniagaan yang ingin dimasukkan ke dalam Whatsapp For Businesses mereka.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peserta bengkel kerana ia dapat melahirkan peserta bengkel yang celik IT dan peka akan perkembangan semasa yang memerlukan internet sebagai pemberi maklumat utama serta memudahkan peserta bengkel yang mempunyai produk/perniagaan untuk memasarkan produk mereka di dalam Whatsapp For Businesses mereka dengan memuat naik gambar di katalog Whatsapp. Peserta juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.