1) LATIHAN KEUSAHAWANAN – KELAS SHOPEE SELLER CENTRE
Tarikh : 4 Mac 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk untuk membuka akaun shopee seller centre dari awal. Selain itu, petugas juga memperkenalkan mereka dengan sistem seller centre untuk penjual dan mengajar mereka untuk memasukkan produk jualan ke dalam shopee.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Shopee Seller Centre .Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer dan mempunyai akaun emel yang aktif untuk dijadikan sebagai akaun mendaftar di mana-mana website. Petugas juga memastikan pengguna mempunyai gambar produk/jualan mereka untuk dimasukkan ke dalam shopee
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peniaga kecil/sedia ada kerana dapat menggalakkan peniaga untuk menggunakan platform e dagang untuk berniaga. Secara tidak langsung, ia menjadikan peniaga lebih cekap mengendalikan perniagaan menerusi laman e dagang. Peniaga kecil/sedia ada juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
2) ASAS ICT – MICROSOFT EXCEL ( FORMAT SIJIL/MAIL-MERGE)
Tarikh : 5 Mac 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna menggunakan excel untuk membuat menulis nama ke atas sijil dengan mudah. Petugas juga memberikan panduan kepada pengguna untuk memasukkan data/nama kedalam excel berdasarkan format yang diberikan.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Excel dan Youtube. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna memasukkan semua nama untuk diletakkan kedalam sijil serta memastikan pengguna mengikut langkah-langkah yang diajar untuk memasukkan nama tersebut secara automatik dan menyimpan kesemua kerja ke dalam storan sedia ada.
-
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna bagi menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam NADI.Secara tidak langsung, ia melahirkan lebih ramai golongan dewasa yang lebih cakna tentang keperluan teknologi semasa di dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.
3) E-LEARNING – CROSSWORD LABS (TEKA SILANG KATA RAMADHAN)
Tarikh : 9 Mac 2024
Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan aktiviti khusus online atau pembelajaran interkatif bagi mengisi masa lapang pelajar sekolah. Secara tidak langsung, ia melahirkan kanak-kanak yang boleh menjawab teka teki pengetahuan umum Ramadhan.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Crossword Puzzle dan Google. Setelah itu, petugas memastikan pelajar yang menyertai aktiviti dikehendaki untuk mencari sedikit info mengenai Ramadhan secara umum dan dikehendaki untuk menjawab teka teki crossword di dalam masa yang telah diperuntukkan.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menyemarakkan semangat bersaing di dalam kalangan anak muda dan menggalakkan golongan cilik untuk menyertai pertandingan atau persaingan yang sihat. Pelajar yang menyertai pertandingan/aktiviti ini diberikan sedikit cenderahari sebagai tanda penghargaan. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Buli Siber dan Maklumat Palsu.
4) SOFT SKILLS – PANDUAN MEMBUAT RESUME & CV BERDASARKAN TEMPLATE ONLINE
Tarikh : 9 Mac 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama pekerja yang ingin menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma seperti resumemaker untuk membuat resume.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Resume Maker dan Job Street Malaysia. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mengetahui asas menaip terutama menggunakan Microsoft Word dan mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Pengguna boleh memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan interaktif dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive dan template yang diberi sesuai dengan keperluan beginner . Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.