1) E-LEARNING – POSTER LEBARAN 2024 PLATFORM CANVA
Tarikh : 7 April 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar sekolah untuk menggunakan laman web Canva untuk membuat kerja khusus/folio. Petugas juga menarik minat pelajar sekolah untuk menggunakan pelbagai laman web percuma untuk kreativiti dan inovasi individu secara keseluruhannya dan mengajar pelajar sekolah untuk memuat naik beberapa tools menarik seperti AI image dan sebagainya.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Canva & Google Drive. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar sekolah melayari web yang boleh dipercayai dan mempunyai variety template yang pelbagai tema. Pelajar sekolah juga diajar untuk edit tulisan dan insert pelbagai design ke dalam poster gif tersebut. Petugas juga memastikan pelajar sekolah menyimpan dokumen mereka di mana-mana storan seperti Google Drive atau pendrive.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar sekolah kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk membuat tugasan sekolah sambil diberi tunjuk ajar oleh petugas NADI. Selain itu, ia juga dapat melahirkan lebih ramai pelajar sekolah yang cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my
2) STEM IOT – BRIDGE DESIGNER ( ENGINEERING INTERACTIVE GAMES FOR STUDENTS)
Tarikh : 8 April 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan permainan yang menguji minda dapat membantu pelajar dan kanak-kanak untuk berfikiran kritis dan kreatif. Petugas juga menjadikan aktiviti dan masa lapang mereka lebih menarik dengan aktiviti yang bersesuaian dengan generasi anak muda kini. Secara tidak langsung, ia menggalakkan mereka untuk menyertai pelbagai pertandingan untuk mewujudkan persaingan yang sihat.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Engineering.com & Wordwall. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar boleh log in ke dalam web tersebut untuk memulakan sesi pertandingan dan pelajar dikehendaki untuk menjawab serta menyelesaikan semua aktiviti dan peringkat permainan tersebut
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.
3) STEM IOT – CONNECT IT ( ENGINEERING INTRACTIVE GAMES FOR STUDENTS)
Tarikh : 9 April 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan permainan yang menguji minda yang dapat membantu pelajar dan kanak-kanak untuk berfikiran kritis dan kreatif. Petugas juga menjadikan aktiviti dan masa lapang mereka lebih menarik dengan aktiviti yang bersesuaian dengan generasi anak muda kini. Secara tidak langsung, ia menggalakkan mereka untuk menyertai pelbagai pertandingan untuk mewujudkan persaingan yang sihat.