1) E-LEARNING – QUIZIZZ KATA GANDA PENUH UNTUK PELAJAR SEKOLAH)
Tarikh : 6 Mei 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petangi
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar sekolah untuk menjawab kuiz Bahasa di dalam web Quizizz dengan petugas melatih mereka menggunakan web interaktif untuk tujuan pembelajaran bagi mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti berfaedah.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Quizizz dan Google Search. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan ppelajar sekolah mempunyai asas bahasan sebelum menjawab kuiz tersebut. Pelajar diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab kesemua soalan tersebut dan pelajar yang menjawab kuiz dengan tepat diberikan hadiah cenderahati
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar sekolah bagi menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menyertai aktiviti NADI .Secara tidak langsung, ia melahirkan lebih ramai pelajar sekolah yang cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pelajar sekolah juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.
2) ASAS KEUSAHAWANAN – PANDUAN MEMASUKKAN PRODUK KE DALAM SHOPEE ( SELLER CENTRE)
Tarikh : 8 Mei 2024
Masa : 11.00 Pagi – 1.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk untuk memuat naik produk ke dalam shopee – seller centre. Petugas juga menggalakkan peniaga untuk memuat naik produk sendiri mereka secara online dan mengajar peniaga untuk meletakkan bank untuk urusan transaksi online dan melihat aturan kewangan dengan mudah.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Shopee Seller Centre. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer serta pengguna membawa gambar produk mereka yang telah disunting background. Petugas juga memastikan pengguna sudah mencuba untuk menjual produk mereka di dalam shopee
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peniaga kecil/sedia ada kerana dapat menggalakkan peniaga untuk menggunakan platform e dagang untuk berniaga. Secara tidak langsung, ia menjadikan peniaga lebih cekap mengendalikan perniagaan menerusi laman e dagang. Peniaga kecil/sedia ada juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.
-
3) ASAS ICT – PANDUAN MEMBUAT TUNTUTAN PERKESO EIS
-
Tarikh : 10 Mei 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk membuat tuntuntan PERKESO secara atas talian. Petugas juga membimbing mereka untuk memuat turun borang dan memuat naik dokumen peribadi bagi tujuan tuntutan.
-
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web PERKESO EIS. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mendaftar ke dalam laman web tersebut. Pengguna juga diajar untuk mengisi data peribadi yang diperlukan oleh PERKESO untuk tuntutan dan memuat naik dokumen jika diperlukan serta menyimpan semua atau menghantar permohonan setelah selesai.
-
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam NADI. Selain itu, ia juga dapat melahirkan lebih ramai golongan dewasa yang lebih cakna tentang keperluan teknologi semasa di dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
4) ASAS ICT – POWER POINT SLIDE (INSERT ANIMATION & TRANSITION)
Tarikh : 11 Mei 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar sekolah untuk menggunakan laman web Canva untuk membuat kerja khusus/folio. Petugas juga menarik minat pelajar sekolah untuk menggunakan pelbagai laman web percuma untuk kreativiti dan inovasi individu secara keseluruhannya. Secara tidak langsung, pelajar sekolah dapat menggunakan kesemua tools percuma canva seperti AI image creator dan sebagainya
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Canva & Google Drive. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar sekolah melayari web yang boleh dipercayai dan mempunyai variety template yang pelbagai tema. Pelajar sekolah juga diajar untuk edit tulisan dan insert pelbagai design ke dalam buku skrap. Petugas juga memastikan pelajar menyimpan dokumen mereka di mana – mana storan seperti Google Drive atau pendrive
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar sekolah kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk membuat tugasan sekolah sambil diberi tunjuk ajar oleh petugas NADI. Selain itu, ia juga dapat melahirkan lebih ramai pelajar sekolah yang cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pelajar sekolah juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.