mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI 1 – JULAI 2024

1)  ASAS ICT – CONVERTING & MERGING DOCUMENTS ( I LOVE PDF WEB)

Tarikh         :  2 Julai 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menggunakan laman web I love PDF untuk convert & merge dokumen mereka kepada bentuk dokumen/format yang diingini. Petugas juga memberikan panduan kepada pengguna untuk memuat naik dan turun dari dalam laman web tersebut.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web ILOVEPDF. Setelah itu, petugas memastikan pengguna menyimpan format dokumen terdahulu sebelum dimuat naik kedalam laman web ILOVEPDF tersebut. Pengguna juga diajar untuk meggunakan seberapa banyak tool di dalam web tersebut bukan sahaja convert dan merge dokumen. Petugas juga memastikan pengguna memuat naik dokumen jika diperlukan dan menyimpan semua dokumen setelah memuat turun dari web tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam NADI. Secara tidak langsung, ia melahirkan lebih ramai golongan dewasa yang lebih cakna tentang keperluan teknologi semasa di dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

2) ASAS ICT – PANDUAN MEMBUAT TUNTUTAN INSURANCE DI WEB PM CARE

Tarikh         : 3 Julai 2024

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada golongan penjawat awam PPAS akan cara untuk membuat tuntutan insurans dari laman web PMCare. Petugas juga mengajar mereka cara untuk memuat naik dokumen softcopy kedalam laman web berdasarkan maklumat yang  dikehendaki.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web PMCare. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pengguna membawa kesemua dokumen untuk di scan dan dimasukkan ke dalam laman web tersebut. Petugas juga memastikan pengguna memasukkan butiran wajib kedalam laman web tersebut

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi NADI antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

3)  ASAS KEUSAHAWANAN – CHAT GPT FOR BUSINESS PROPOSALS

Tarikh         : 4 Julai 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk untuk menggunakan chat gpt secara percuma untuk memberi panduan mengarang kertas kerja perniagaan. Petugas juga mengajar mereka cara prompt subjek/ isi kandungan yang bersesuaian dengan proposal dan teknik mengolah proposal dengan cepat tanpa perlu berfikir dengan lama.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web Chat GPT. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer dan mempunyai akaun emel untuk log masuk ke dalam web chat gpt. Petugas juga memastikan pengguna menyimpan kerja ke dalam simpanan masing-masing.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada  usahawan kerana dapat menggalakkan usahawan untuk menggunakan teknologi sedia ada untuk membantu membangunkan perniagaan. Secara tidak langsung, ia memudahkan para usahawan untuk merangka kertas kerja mereka. Usahawan juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

4) E-LEARNING (KUIZ ASAS SAINS MENENGAH RENDAH)

Tarikh         : 6 Julai 2024

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti berfaedah. Petugas menjadikan aktiviti dan masa lapang mereka lebih menarik dengan memperbanyakkan aktiviti mengenai kuiz umum selain dari subjek yang dipelajari di sekolah.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Word Wall. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, pelajar dikehendaki untuk log in kedalam web kuiz yang selalu di ajar di NADI. Pelajar juga dikehendaki untuk memilih kuiz yang ingin dijawab oleh mereka. Pelajar mendapat sedikit cenderahati setelah selesai menjawab kuiz berikut

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik. Selain itu, ia menjadikan aktiviti tambahan ini sebagai aktiviti yang berfaedah dan interaktif.. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini