Tarikh : 29 Januari 2026
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sungai Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang ancaman siber dalam dunia digital dan kepentingan menjaga keselamatan dalam talian. Peserta akan mempelajari langkah-langkah untuk melindungi data peribadi dan meningkatkan kesedaran terhadap risiko yang wujud dalam penggunaan teknologi moden
Adakah anda sedar bahawa serangan siber semakin meningkat dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja?
🎯 Mengupas isu sebenar ancaman siber dan langkah pencegahan yang praktikal
👨💻 Sesuai untuk semua pengguna internet dan telefon pintar
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI menyertai pelbagai aktiviti menarik dengan membuat aktiviti yang berfaedah dan interaktif. Antara yang dikongsikan:
✅ Jenis-jenis serangan siber terkini
✅ Langkah keselamatan untuk melindungi data peribadi
✅ Tips mudah elak jadi mangsa serangan siber
Jom tingkatkan kesedaran dan lindungi diri anda di dunia digital 🌐
Keselamatan siber tanggungjawab bersama!