‘Boleh menasihat, sukar melarang’
Kerajaan hanya boleh menasihatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak kecil ke pusat beli-belah bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Langkah itu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dibuat selepas mengambil kira sukar melaksanakan larangan terutama dalam isu membabitkan ibu atau bapa tunggal. Dalam sesetengah kes, katanya, ibu atau bapa tunggal terpaksa membawa anak kecil keluar bagi membeli barang keperluan kerana tiada sesiapa boleh menjaga anak mereka.#COVID19#KitaTeguhKitaMenang#KomunikasiKita#StayAtHome