mcmc
Kisah kejayaan

CELIK IT – AHMAD SYAFIQ DANIEL

Mempelajari Asas Microsoft Office, Mempelajari Asas media Baru dan Membuat Rancangan Perniagaan Ringkas.

Nama  : Ahmad Syafiq Daniel

Umur   : 18 Tahun 

Ahli      : November 2021

Latar Belakang

Syafiq merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang bersekolah di Sekolah Menengah Syed Masyor Batang Kali. Syafiq merupakan seorang pengguna tetap Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sg Masin. Beliau amat rajin hadir ke PEDi Kg Sg Masin untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti internet dan perkhidmatan cetakan. Disamping menggunakan kemudahan yang ada di PEDi  beliau juga turut mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama-sama rakan beliau untuk membuat sedikit perbincangan mengenai kerja sekolah dan sebagainya. Beliau juga aktif mengikuti latihan dan juga sebarang aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Sg Masin ini.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin

Sebelum wujudnya PEDi Kg Sg Masin, Syafiq bekerja sambilan di kedai berdekatan dengan rumah beliau demi menampung perbelanjaan harian dan selepas memasuki institusi jika diterima kelak. Setelah beberapa bulan bekerja sambilan, ayah beliau menyarankan beliau untuk mempelajari asas komputer di PEDi Kg Sg Masin sebagai bekalan pengetahuan sebelum memasuki ke universiti kelak. Syafiq juga tidak mempunyai kemudahan komputer dirumah beliau dan bekerja untuk mengumpul duit membeli komputer riba.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin

Bermula pada November 2021, beliau mengambil keputusan untuk menyertai bengkel Microsoft Office yang ditawarkan oleh pihak PEDi Kg Sg Masin bagi lepasan SPM. Syafiq beserta kawannya mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, excel, Asas media Baru) serta membuat Rancangan Perniagaan ringkas untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan selama lebih kurang 2 bulan dan Syafiq dikehendaki untuk menjalani ujian khusus Microsoft office sebelum diberikan Sijil Penghargaan. Syafiq juga telah menerima pelbagai cenderahati hasil daripada menyertai pelbagai aktiviti dan bengkel yang dibuat oleh pihak PEDi  Kg Sg Masin.

Syafiq mengakui bahawa PEDi banyak membantu beliau untuk berkembang lebih maju seiring dengan peradaran zaman yang memerlukan pengetahuan tentang asas teknologi dan pekomputeran. Dengan adanya kelas dan aktiviti yang menarik, ia membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta memudahkan beliau untuk memohon atau mengisi segala borang-borang yang terdapat di dalam atas talian. Tambahan pula, dengan menghadiri kelas ICT seperti ini, sedikit sebanyak dapat membantu beliau supaya lebih bersedia untuk menempuh pelbagai rintangan untuk melangkah ke alam universiti dan sewaktu dengannya.

Lihat Gambar Di Sini (Antara Aktiviti KOSPEN Di Hadiri Syafiq) serta Lihat Gambar Di Sini (Antara Kelas Di Hadiri Syafiq)