mcmc
Kisah kejayaan

CELIK IT – DAMIA QISTINA BINTI DISHAK

Mempelajari Asas Microsoft Office (Word dan Power Point) , mempelajari Asas Media Baru (Internet, emel dan media social), menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan PI serta menghadiri program seperti Open Day yang dianjurkan oleh PI.

Nama  : Damia Qistina Binti Dishak

Umur   : 14 Tahun 

Ahli      : Mac 2020

Latar belakang

Damia merupakan salah seorang pelajar tingkatan 2 yang bersekolah di Sekolah Bandar Baru Batang Kali. Sejak dari tahun 2016 lagi, Damia kerap hadir bersama ibu dan adiknya di Pusat Internet untuk membuat kerja sekolah dan juga mencetak dokumen mahupun keperluan tugasan sekolah.Damia juga kerap menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan di PI dan juga luar PI bagi mengisi lapang beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan PI, beliau mempunyai komputer riba dan juga printer tetapi kerap kali mengalami masalah menyebabkan beliau dan juga ibu beliau menggunakan perkhidmatan yang sedia ada di PI. Damia juga kadang-kadang perlu ke kedai printing yang berhampiran untuk mencetak dokumen berkenaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemudahan yang dtawarkan oleh PI banyak membantu beliau, Kemudahan menggunakan komputer pada kadar harga yang murah dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke PI. Tambahan pula Damia tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PI khusus untuk pelajar sekolah. Damia juga dilihat senang menyiapkan kerja sekolah dengan kemudahan komputer dan internet sekali gus boleh bertanya kepada petugas PI jika ada permasalahan

Antara penggunaan PI terhadap Damia adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point) dan Asas Media Baru (Internet, emel dan media social). Damia selalu menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan PI serta menghadiri program seperti Open Day yang dianjurkan oleh PI.

PI banyak membantu Damia dalam peningkatan tahap kemahiran ICT antaranya membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide, folio kerja sekolah, cairan maklumat serta dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah dengan mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik.

PI banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT.

Klik untuk melihat gambar di sebelah ini Klik di sini (Damia {baju kuning} belajar cara untuk membuat poster dan berjaya menyiapkan poster dan aktiviti yang berkaitan) Klik di sini ( Damia {tudung bunga} menyertai pertandingan kuiz KDB secara online )