Nama : Pn Hamidah
Umur : 60 Tahun
Ahli : November 2020
- Mempelajari cara – cara untuk menggunakan Zoom meeting, Go Meet dan menyertai pelbagai survey yang diadakan di PIK selain kelas seperti cara mengisi cukai LHDN, dan sebagainya
Latar belakang
Pn Hamidah merupakan seorang pesara yang baru bersara pada bulan April 2021. Beliau yang pernah menjadi programme secretariat di sebuah syarikat GLC yang terletak di Kuala Lumpur, selalu hadir ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan internet dan printing. Sejak dari hujung tahun 2020, beliau diarahkan untuk bekerja dari rumah. Memandangkan dirumah beliau tidak mendapat liputan internet yang baik, beliau hadir ke pusat internet untuk membuat kerja-kerja beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan perkhidmatan PIK / tahu kewujudan Pusat Internet semasa BDR, beliau terpaksa ke kedai / rumah saudara mara yang bedekatan untuk mendapat liputan internet yang kuat. Oleh kerana faktor usia yang lanjut, beliau juga turut cepat berasa letih dengan membawa laptop dan juga dokumen kerja yang banyak, tetapi tidak mempunyai tempat yang kondusif untuk membuat kerja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kemudahan yang ditawarkan oleh PI banyak membantu beliau antaranya kemudahan menggunakan wifi secara percuma bagi memudahkan beliau menyiapkan segala tugasan. Beliau juga kerap bertanya petugas PIK akan perkara yang kurang difahami beliau, seperti cara untuk memuat turun zoom dan mengakses platform mesyuarat yang lain seperti Meet, dan Go Meet.
PI banyak membantu Pn Hamidah dalam perkembangan dan peningkatan tahap kemahiran ICT antaranya membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer. Selain itu juga membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh peserta kelas dengan mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik.
PI banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT.
Klik Gambar Di Sini (Pn Hamidah memakai tudung merah)