Mempelajari Asas Microsoft Office (Word dan Power Point) serta menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PEDi Kg Sg Masin.
Nama : Mohd Syafi Iqbal bin Mohd Junaidi
Umur : 13 Tahun
Ahli : Mac 2021
Latar Belakang
Iqbal merupakan salah seorang pelajar sekolah yang berumur 13 tahun yang bersekolah di Sekolah Menengah Syed Mashor Batang Kali. Sejak dari bulan Mac lagi, Iqbal kerap ke PEDi Kg Sg Masin untuk membuat kerja sekolah dan juga mencetak dokumen mahupun keperluan tugasan sekolah. Iqbal juga kerap menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan di PEDi Kg Sg Masin dan juga luar PEDi Kg Sg Masin bagi mengisi lapang beliau.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin
Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan PEDi Kg Sg Masin, beliau tidak mempunyai komputer riba dan juga printer menyebabkan beliau menggunakan perkhidmatan yang sedia ada di PEDI. Iqbal juga kadang-kadang perlu ke kedai printing yang berhampiran PEDi untuk mencetak dokumen berkenaan. Iqbal juga perlu meminjam netbook dari PEDI untuk menyiapkan kerja sekolah dan menyertai kelas online sejak sekolah ditutup sepanjang PKP ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi Kg Sg Masin
Kemudahan yang dtawarkan oleh PI banyak membantu beliau, Kemudahan menggunakan komputer pada kadar harga yang murah dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke PEDI. Tambahan pula Iqbal tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDI khusus untuk pelajar sekolah. Iqbal juga dilihat senang menyiapkan kerja sekolah dengan kemudahan komputer dan internet sekali gus boleh bertanya kepada petugas PEDi jika ada permasalahan. Iqbal juga turut menyertai e-tuisyen yang diadakan di PEDi bersama rakan beliau.
PEDi banyak membantu Iqbal untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer.Selain itu juga membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh peserta kelas dengan mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik.
PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT.