mcmc
Kisah kejayaan

CELIK IT – MUHAMMAD FIRDAUS BIN HAMZAH

CELIK IT – Muhammad Firdaus Binti Hamzah

Mempelajari Asas Microsoft Office (Word dan Power Point) , Mempelajari Asas Media Baru (Internet, emel dan media social), Menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan PI serta menghadiri program seperti Open Day yang dianjurkan oleh PI.

Nama  : Muhammad Firdaus Binti Hamzah

Umur   : 11 Tahun 

Ahli      : Januari 2014

Latar belakang

Firdaus merupakan seorang pelajar darjah 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Firdaus merupakan seorang pengguna tetap PI Sg.Masin sejak dari tahun 2014 lagi. Beliau amat rajin hadir ke PI untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti internet dan perkhidmatan cetakan. Firdaus dan kakak beliau kerap ke Pusat Internet dan menggunakan semua kemudahan yang disediakan. Tambahan pula, PI berada berdekatan dengan rumahnya. Oleh kerana ibunya juga sering membuat program bersama PI, Firdaus juga  rajin menyertai setiap program yang diadakan oleh PI

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum kewujudan PI, Firdaus serta rakan-rakannya hanya meluangkan masa di Perpustakaan Desa Sg.Masin dan di rumah kawannya. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer kerana di rumahnya tiada komputer. Firdaus juga kerap membantu ibunya berniaga pada sebelah petang sebelum adanya Pusat Internet ini. Firdaus juga ingin belajar komputer kerana di sekolah beliau, rakan –rakan beliau dilihat mahir menggunakan komputer di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak adanya Pusat Internet ini, Firdaus banyak habiskan masa melayari internet pada hujung minggu.  Sewaktu cuti sekolah, Firdaus beserta kawan-kawan belaiu mengikuti pelbagai kelas dan latihan di PI dan kini Firdaus mampu untuk menyiapkan segala kerja sekolahnya dengan mudah. Firdaus juga mampu untuk menaip dan mencari maklumat berkenaan tugasan sekolah dengan mudah. Firdaus juga senang untuk mencetak hasil kerja sekolah beliau kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih  murah berbanding kedai di pekan. Firdaus juga aktif mengikuti pelbagai aktiviti dan memenangi pelbagai hadiah menarik di PI.

PI banyak membantu Firdaus dalam peningkatan tahap kemahiran ICT antaranya membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide, folio kerja sekolah, cairan maklumat serta dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah dengan mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik.

PI banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT

 Lihat Gambar Di Sini , Lihat Gambar Di Sini , Lihat Gambar Di Sini dan Lihat Gambar Di Sini untuk melihat segala aktiviti yang dilakukan Firdaus (memakai baju berwarna oren) ketika di Pusat Internet.