mcmc
Kisah kejayaan

CELIK IT – NOR KASEH BINTI MUHAMMAD MANSUR NORDIN

CELIK IT – NOR KASEH BINTI MUHAMMAD MANSUR NORDIN

Mempelajari Asas Microsoft Office, Mempelajari Asas media Baru dan Membuat Rancangan Perniagaan Ringkas.

Nama  :  NOR KASEH BINTI MUHAMMAD MANSUR NORDIN

Umur   : 10 TAHUN

Ahli      : MAC 2023

Latar Belakang

Kaseh merupakan salah seorang pelajar sekolah yang berumur 10 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Kaseh yang merupakan anak jati Kg Sg.Masin sudah ke PEDi Kg Sg.Masin sejak dari kecik lagi. Kaseh mula menunjukkan minat mempelajari dan menggunakan computer sejak dari tadika. Ibunya mengambil keputusan untuk mendaftarkan Kaseh menjadi ahli pada tahun 2022 dan sejak dari itu, Kaseh serta teman- beliau kerap dating ke PEDi untuk menyertai pelbagai aktiviti PEDi.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin

Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan PEDi, Kaseh tidak mempunyai telefon mudah alih dan komputer menyebabkan Kaseh sukar untuk melayari internet dan membuat tugasan sekolah

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin

emudahan yang dtawarkan oleh PEDi banyak membantu beliau, Kemudahan menggunakan komputer pada kadar harga yang murah dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke PEDi. Kaseh juga sering meminta pendapat dari petugas PEDi tentang tugasan sekolah yang sukar dibuat oleh beliau.

Antara yang di pelajari oleh Kaseh di PEDi adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, Excel), mempelajari Asas media Baru (Internet, emel dan media social) dan menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PEDi. Selain itu, PEDi membantu Kaseh dalam peningkatan tahap kemahiran IC, ia mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik, membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah.

PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT

Kaseh berbaju oren dan Kaseh berbaju hitam