mcmc
Kisah kejayaan

CELIK IT – NUR IZZATI BINTI MIOR SHARIFUDDIN

CELIK IT – NUR IZZATI BINTI MIOR SHARIFUDDIN

Mempelajari Asas Microsoft Office, Mempelajari Asas media Baru dan Membuat Rancangan Perniagaan Ringkas.

Nama  : NUR IZZATI BINTI MIOR SHARIFUDDIN

Umur   : 11 Tahun 

Ahli  PEDi : JUN 2016

Latar Belakang

Izzati merupakan seorang pelajar tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Izzati merupakan seorang pengguna tetap PEDi Kg  Sg Masin sejak dari tahun 2016 lagi. Beliau amat rajin hadir ke PEDi Kg Sg Masin untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti internet dan perkhidmatan cetakan. Disamping menggunakan kemudahan yang ada di PEDi Kg Sg Masin, beliau juga turut mengambil kesempatan untuk mempelajari dan menyertai segala aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh PI Sg.Masin

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin

Sebelum kewujudan PEDi Kg Sg Masin, Izzati serta rakan-rakannya hanya meluangkan masa di taman permainan dan di rumah kawannya. Membuat kerja sekolah yang memerlukan akses internet dan komputer menjadi lebih sukar kerana CC jauh dan Izzati tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah beliau. Izzati juga kurang mahir menggunakan komputer walaupun sudah beberapa kali diajar oleh cikgu di sekolah beliau.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin

Sejak adanya PEDi Kg Sg Masin ini, Izzati banyak habiskan masa melayari internet pada hujung minggu dan sewaktu cuti sekolah untuk menyiapkan segala kerja sekolah nya mahupun membuat diskusi bersama rakan-rakan sekolah nya. Izzati juga mampu untuk menaip dan mencari maklumat berkenaan tugasan sekolah dengan mudah. Izzati juga senang untuk mencetak hasil kerja sekolah beliau kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih  murah berbanding kedai di pekan. Izzati juga aktif mengikuti pelbagai aktiviti dan memenangi pelbagai hadiah menarik di PEDi Kg Sg Masin.

Antara yang di pelajari oleh Izzati di PEDi Kg Sg Masin adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, Excel), mempelajari Asas media Baru (Internet, emel dan media social) dan menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PEDi Kg Sg Masin. Setelah PEDi Kg Sg Masin membantu Izzati dalam peningkatan tahap kemahiran IC, ia mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik, membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah.

PEDi Kg Sg Masin banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi Kg Sg Masin kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT