mcmc
Kisah kejayaan

CELIK IT – SITI NUR SHAFIKAH BINTI MOHD ASRI

Mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point,Excel) serta menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan PEDi Kg Sg Masin.

Nama  : Siti Nur Shafikah Binti Mohd Asri

Umur   : 18 Tahun 

Ahli      : Ogos 2016

Latar Belakang

Shafikah merupakan salah seorang pelajar sekolah yang berumur 18 tahun yang bersekolah di Sekolah Menengah Syed Mashor Batang Kali. Sejak dari tahun 2016, Shafikah kerap datang ke PEDi untuk membuat tugasan sekolah bersama ibu beliau. Oleh kerana PEDi berdekatan dengan rumah beliau berbanding dengan pekan, Shafikah memilih untuk datang ke PEDi dan menggunakan kesemua perkhidmatan yang ditawarkan.Beliau juga kerap ulang alik ke satu PEDi berdekatan yang lain iaitu PEDi Taman Desa Kelisa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan PEDi, beliau tidak mempunyai komputer riba dan juga printer menyebabkan beliau menggunakan perkhidmatan yang sedia ada di PEDi. Shafikah juga kadang-kadang perlu ke kedai printing di pekan selepas tamatnya sesi persekolahan untuk mencetak tugasan sekolah beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kemudahan yang dtawarkan oleh PEDi banyak membantu beliau, Kemudahan menggunakan komputer pada kadar harga yang murah dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke PEDi. Tambahan pula Shafikah tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi khusus untuk pelajar sekolah. Shafikah juga dilihat senang menyiapkan kerja sekolah dengan kemudahan komputer dan internet sekali gus boleh bertanya kepada petugas PEDi jika ada permasalahan.

Antara yang di pelajari oleh Shafikah  di PEDi adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, Excel), mempelajari Asas media Baru (Internet, emel dan media social) dan menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PEDi. Selain itu, PEDi membantu Shafikah dalam peningkatan tahap kemahiran IT, ia mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik, membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah.

PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT.

Klik Gambar Di Sini ( Shafikah yang memakai baju sekolah membuat tugasan sekolah menggunakan Microsoft Office Word ) antara Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri , Klik Gambar Di Sini ( Shafikah menggunakan Microsoft Excel untuk menyiapkan tugasan sekolah ) iaitu Produk / Hasil Transformasi dan penglibatan dalam aktiviti