CELIK IT – Sumayyah Binti Amiruddin
Mempelajari Asas Microsoft Office (Word dan Power Point) , Mempelajari Asas Media Baru (Internet, emel dan media social), Menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan PI serta menghadiri program seperti Open Day yang dianjurkan oleh PI.
Nama : Sumayyah Binti Amiruddin
Umur : 13 Tahun
Ahli : Februari 2016
Latar belakang
Sumayyah merupakan seorang pelajar tingkatan 1 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Sumayyah merupakan seorang pengguna tetap PI Sg.Masin sejak dari tahun 2016 lagi. Beliau amat rajin hadir ke PI untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti internet dan perkhidmatan cetakan. Sumayyah bersama rakan-rakannya beliau kerap ke Pusat Internet dan menggunakan semua kemudahan yang disediakan. Tambahan pula, PI berada berdekatan dengan rumahnya dan Sumayyah tidak mempunyai kemudahan internet dan komputer di rumah beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum kewujudan PI, Sumayyah serta rakan-rakannya hanya meluangkan masa di Perpustakaan Desa Sg.Masin dan ke taman rekreasi berhampiran kerana di sekitar Sg.Masin tiada tempat yang sesuai untuk rakan-rakannya berjumpa. Beliau bersama sepupu-sepupu beliau sering meluangkan masa bersama di perpustakaan desa. Sumayyah juga kerap membantu ibu saudaranya menjual di pasar jika berkelapangan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sejak adanya Pusat Internet ini, Sumayyah banyak habiskan masa melayari internet pada hujung minggu. Sewaktu cuti sekolah, Sumayyah beserta kawan-kawan belaiu mengikuti pelbagai kelas dan latihan di PI dan kini Sumayyah mampu untuk menyiapkan segala kerja sekolahnya dengan mudah. Sumayyah juga mampu untuk menaip dan mencari maklumat berkenaan tugasan sekolah dengan mudah. Sumayyah juga senang untuk mencetak hasil kerja sekolah beliau kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding kedai di pekan. Sumayyah juga aktif mengikuti pelbagai aktiviti dan memenangi pelbagai hadiah menarik di PI.
Antara penggunaan PI terhadap Sumayyah adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point) dan Asas Media Baru (Internet, emel dan media social). Sumayyah selalu menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan PI serta menghadiri program seperti Open Day yang dianjurkan oleh PI.
PI banyak membantu Sumayyah dalam peningkatan tahap kemahiran ICT antaranya membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide, folio kerja sekolah, cairan maklumat serta dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah dengan mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik.
PI banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT.
Klik untuk melihat gambar di sebelah ini Sumayyah (berbaju merah )menyertai kelas KDB, Sumayyah (berbaju kuning )menyertai aktiviti PI dan Sumayyah (berbaju belang )menyertai aktiviti silang kata PI