CELIK IT – SYAFIKA ADILLA BINTI SYAIFULNIZAM
Mempelajari asas Microsoft Office (Word, Power Point,Excel), mempelajari asas perniagaan seperti Whatsapp Business, Touch N Go for merchant dan lain-lain serta menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PEDi.
Nama : SYAFIKA ADILLA BINTI SYAIFULNIZAM
Umur : 18 TAHUN
Ahli : MAY 2022
Latar Belakang
Adilla merupakan salah seorang pelajar sekolah yang berumur 18 tahun yang bersekolah di Sekolah Menengah Syed Mashor Batang Kali dan merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Beliau menyertai bengkel lepasan SPM atas saranan dari rakan beliau yang pernah menyertai bengkel yang sama pada tahun yang sama.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan PEDi, beliau tidak mempunyai komputer riba dan juga printer menyebabkan beliau menggunakan perkhidmatan yang sedia ada di PEDi. Adilla juga berjinak-jinak dalam menceburi bidang perniagaan keluarga iaitu servis catering.Ini membuatkan Adilla semakin minat untuk mempelajari asas computer dan internet yang membolehkan beliau memudahkan perkerjaan asas harian seperti pengkeranian dan perakaunan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kemudahan yang dtawarkan oleh PEDi banyak membantu beliau, antaranya menggunakan komputer pada kadar harga yang murah dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke PEDi. Adilla juga sering meminta pendapat dari petugas PEDi tentang dokumentasi yang berkaitan dengan perniagaan catering dan cara untuk memasarkan lagi bisnes di platform sedia ada.
Antara yang di pelajari oleh Adilla di PEDi adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, Excel), mempelajari asas perniagaan seperti Whatsapp Business, Touch N Go for merchant dan lain-lain serta mempelajari Asas media Baru (Internet, emel dan media social) dan menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PEDi. Selain itu, PEDi membantu Adilla dalam peningkatan tahap kemahiran IC, ia mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik, membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah.
PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT