mcmc
Kisah kejayaan

CELIK IT – SYASYA NURIN IRDINA BINTI MOHD FARID

CELIK IT – SYASYA NURIN IRDINA BINTI MOHD FARID

Mempelajari Asas Microsoft Office, Mempelajari Asas media Baru dan Membuat Rancangan Perniagaan Ringkas.

Nama  : SYASYA NURIN IRDINA BINTI MOHD FARID

Umur   : 10 TAHUN

Ahli      : MAC 2023

Latar Belakang

Syasya merupakan salah seorang pelajar sekolah yang berumur 10 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Syasya yang merupakan anak jati Kg Sg.Masin sudah ke PEDi Kg Sg.Masin sejak dari kecik lagi. Syasya mula menunjukkan minat mempelajari dan menggunakan computer sejak dari tadika. Ibunya mengambil keputusan untuk mendaftarkan Syasya menjadi ahli pada Mac 2023 dan sejak dari itu, Syasya serta teman- beliau (Kaseh) kerap datang ke PEDi untuk menyertai pelbagai aktiviti PEDi.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin

Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan PEDi, Syasya tidak mempunyai telefon mudah alih dan komputer menyebabkan Syasya sukar untuk melayari internet dan membuat tugasan sekolah

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin

Kemudahan yang dtawarkan oleh PEDi banyak membantu beliau, Kemudahan yang dtawarkan oleh PEDi banyak membantu beliau, Kemudahan menggunakan komputer pada kadar harga yang murah dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke PEDi. Syasya juga sering meminta pendapat dari petugas PEDi tentang tugasan sekolah yang sukar dibuat oleh beliau

Antara yang di pelajari oleh Syasya  di PEDi adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, Excel), mempelajari Asas media Baru (Internet, emel dan media social) dan menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PEDi. Selain itu, PEDi membantu Syasya dalam peningkatan tahap kemahiran IC, ia mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik, membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah.

PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT

Syasyaberbaju putih