Peningkatan mendadak kes baharu dan kes kematian COVID-19 terutamanya selepas 1 April lalu amat membimbangkan kerana kesukaran mengesan punca jangkitan yang boleh dicegah dan dikawal penularannya. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkara ini mendapat perhatian serius Kementerian Kesihatan susulan majoriti kes baharu dan kes kematian adalah kes sporadik. #KitaAkanMenang