Dzul merupakan seorang pengusaha pakaian bundle dan juga kerepek paru |
Nama : Dzulfikri Bin Dzulkifle
Umur : 30 Tahun
Nama Perusahaan : Hanzul Wardrobe
Tahun menjadi Ahli PEDi : 2022
Latar belakang |
Dzul merupakan seorang pengusaha pakaian bundle dan mula berkecimpung dengan perniagaan kerepek paru rangup secara kecil-kecilan. Dzul yang juga pernah berkhidmat sebagai petugas Rakan Digital PEDi pada tahun 2022 – 2023 mengambil peluang untuk membuat pendapatan sampingan dan ingin mengembangkan bisnes kerepek paru yang diusahakan beliau dan juga isteri
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi Setelah Dzul mula bekerja sebagai Rakan Digital di PEDi, beliau mengambil kesempatan untuk mempelajari teknik pemasaran di Shopee dan juga memasarkan produk jualan beliau di TikTok. Disamping mengajar para usahawan yang lain, Dzul juga menghadiri pelbagai kursus.seminar pemasaran sepanjang berkhidmat di PEDi. Ini sedikit sebanyak membantu beliau mengembangkan perniagaan kecil beliau. Dzul mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM 400-500 sebulan bergantung kepada permintaan pelanggan. Antara yang di pelajari oleh Dzul di PEDi adalah menyertai Bengkel Keusahawanan di PEDi dan menyertai Bengkel keusahawanan Shopee.Selain itu, PEDi membantu Dzul dalam membantu mempromosikan produk di webpage Dashboard Komuniti dengan peningkatan tahap kemahiran IT dan PEDi mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik. Selain itu, dengan kemudahan internet di PEDi membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung PEDi PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT. Bagi beliau, PEDi ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau. Klik Gambar Di Sini untuk melihat Dzul menyertai kelas usahawan dan juga menjadi sebaagi tenaga pengajar di PEDi, antara produk yang dijual oleh Dzul (Kerepek Paru) di laman Shopee beliau dan Dzul setelah menghadiri seminar di PEDi |