mcmc
Kisah kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN – MOHD KHAIRULLAH MD NOR

En Khairullah merupakan pengusaha kecil-kecilan saprah/lapik meja PVC

 Nama  : Khairullah Bin Md Nor

Umur   : 46 Tahun

Nama Perusahaan : BKC Collection 

Tahun menjadi Ahli PEDi : September 2017

Latar belakang

En Khairullah merupakan seorang pengusaha saprah/lapik meja PVC secara kecil-kecilan. Beliau Bersama isteri mengusahakan perniagaan ni sejak dari tahun 2020 bagi menambah pendapatan. En Khairullah pada mulanya berkhidmat sebagai pendakwah mula berkecimpung di dalam perniagaan dan telah mencuba pelbagai jenis produk untuk dijual namun saprah/lapik meja PVC ini menarik pembeli yang lebih ramai.

         

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

En Khairullah menggunakan perkhidmatan internet dan cetakan di pusat komputer yang ada di sekitar Batang Kali. Setelah mengetahui kewujudan PEDi, beliau menggunakan perkhidmatan yang ada di PEDi contohnya cetakan dan internet untuk membuat tugasan yang berkaitan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah En Khairullah menglibatkan diri dengan bengkel dan latihan yang diadakan di PEDi, beliau mampu membuka Page Facebook serta mempelajari cara untuk menjual produk di dalam web e dagang seperti Shopee. Tambahan pula, dengan menyertai bengkel dan latihan di PEDi dengan bantuan Rakan Digital, memudahkan En Khairullah memasarkan produk mereka di Shopee terutamanya. En Khairullah senang mengambil tempahan menerusi group whatsapp dan juga dari dalam laman web Shopee. Kini En Khairullah mampu meraih pendapatan RM400-500 sebulan bergantung kepada permintaan pelanggan.

Antara yang di pelajari oleh En Khairullah di PEDi adalah menyertai Bengkel Keusahawanan di PEDi dan menyertai Bengkel keusahawanan Shopee.Selain itu, PEDi membantu En Khairullah dalam membantu mempromosikan produk di webpage Dashboard Komuniti dengan peningkatan tahap kemahiran IT dan PEDi mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik. Selain itu, dengan kemudahan internet di PEDi membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung PEDi.

PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT. Bagi beliau, PEDi ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau.

Klik Gambar Di Sini untuk melihat En Khairullah menyertai Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan dan mempelajari untuk membuat akaun Instagram. Selain itu, proses penghasilan produk antaranya saprah yang dijual oleh En Khairullah dan laman web shopee En Khairullah.

Bagi beliau, PEDi ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau.