mcmc
Kisah kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN – NURUL FARHANA BINTI SAZALI

Cik Farhana merupakan seorang pengusaha pakaian bundle atau pakaian terpakai

Nama  : Nurul Farhana Binti Sazali

Umur   : 29 Tahun

Nama Perusahaan : Hanzul Wardrobe

Tahun menjadi Ahli PEDi : 2022

Latar belakang

Cik Farhana merupakan seorang pengusaha pakaian bundle sejak dari tahun 2022. Sebelum menjadi seorang peniaga pakaian bundle sepenuh masa, belaiu pernah bekerja di sebuah Gudang pakaian bundle di sekitar Ampang, Selangor. Cik Farhana nekad untuk menjadi pengusaha kain bundle sepenuh masa hasil dari pengalaman beliau bekerja di Gudang pakaian tersebut.

                        

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Cik Farhana mempunyai pengetahuan yang mahir mengenai komputer. Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau hanya menggunakan telefon pintar beliau bagi menguruskan perniagaan kecil beliau Cik Farhana yang ditemani oleh tunangnya, yang juga seorang petugas Rakan Digital PEDi Bersama-sama menjual pakaian bundle secara online mahupun offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Cik Farhana menglibatkan diri dengan bengkel dan latihan yang diadakan di PEDi, beliau juga sempat mempelajari Teknik fotografi dan pemasaran di Shopee. (Shopee Ads). Tunang beliau juga secara tidak langsung menolong beliau mengelola akaun shopee dan tiktok bagi menambah jumlah pengikut dan boost jualan mereka.

Cik Farhana juga kerap menyertai jualan-jualan ni pasar awam,car boot sale di serate tempat termasuk sekitar Lumpur dan Hulu Selangor. Kini pendapatan beliau mampu mencecah sebanyak RM 300 tiap kali jualan offline atau RM300 – RM400 sebulan secara online.

Antara yang di pelajari oleh Cik Farhana  di PEDi adalah menyertai Bengkel Keusahawanan di PEDi dan menyertai Bengkel keusahawanan Shopee.Selain itu, PEDi membantu Cik Farhana dalam membantu mempromosikan produk di webpage Dashboard Komuniti dengan peningkatan tahap kemahiran IT dan PEDi mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik. Selain itu, dengan kemudahan internet di PEDi membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung PEDi

PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT. Bagi beliau, PEDi ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau.

Klik Gambar Di Sini iaitu gambar Cik Farhana menghadiri  Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan (Cik Farhana bertudung Hitam sedang mempelajari Shopee page), Produk / Hasil Transformasi iaitu antara pakaian bundle yang dijual oleh Cik Farhana serta kelas Teknik fotografi yang dihadiri Cik Farhana di PEDi dan FB Page Hanzul Wardrobe