CELIK IT – MUHAMMAD DANISH DANIAL BIN ZUHAIMI
Mempelajari Asas Microsoft Office, Mempelajari Asas media Baru dan Membuat Rancangan Perniagaan Ringkas.
Nama : MUHAMMAD DANISH DANIAL BIN ZUHAIMI
Umur : 18 TAHUN
Ahli PEDi : JUN 2016
Latar Belakang
Danish merupakan salah seorang pelajar sekolah yang berumur 18 tahun yang bersekolah di Sekolah Menengah Syed Mashor Batang Kali. Sejak dari tahun 2016, Danish kerap datang ke PEDi untuk membuat tugasan sekolah bersama adik beliau. Oleh kerana PEDi berdekatan dengan rumah beliau berbanding dengan pekan, Danish memilih untuk datang ke PEDi dan menggunakan kesemua perkhidmatan yang ditawarkan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin
Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan PEDi, beliau tidak mempunyai komputer riba dan juga printer menyebabkan beliau menggunakan perkhidmatan yang sedia ada di PEDi. Danish juga kadang-kadang perlu ke kedai printing yang berhampiran PEDi untuk mencetak dokumen berkenaan
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi Kg Sg Masin
Kemudahan yang dtawarkan oleh PEDi banyak membantu beliau, Kemudahan menggunakan komputer pada kadar harga yang murah dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke PEDi. Tambahan pula Danish tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi khusus untuk pelajar sekolah. Danish juga dilihat senang menyiapkan kerja sekolah dengan kemudahan komputer dan internet sekali gus boleh bertanya kepada petugas PEDi jika ada permasalahan
Antara yang di pelajari oleh Danish di PEDi adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, Excel), mempelajari Asas media Baru (Internet, emel dan media social) dan menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PEDi. Selain itu, PEDi membantu Danish dalam peningkatan tahap kemahiran IC, ia mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik, membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah.
PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT
Danish menyiapkan latihan yang ditugaskan semasa kelas di PEDi (Klik link ini), Danish menggunakan Microsoft Excel untuk menyiapkan tugasan sekolah.