mcmc
Kisah kejayaan

KISAH KEJAYAAN NADI KG SG MASIN 2024 – AZLIZAH BINTI AYOB

Nama  : Pn.Azlizah Bt Ayob

Umur   : 46 Tahun

Ahli NADI : Oktober 2023

Latar belakang

Pn.Azlizah merupakan tenaga pengajar KEMAS Jahitan Batang Kali sudah berdaftar menjadi ahli NADI sejak dari tahun 2023. Beliau merupakan pelanggan tetap NADI Kg Sungai Masin dan menggunakan perkhidmatan NADI untuk menyiapkan kerja-kerja beliau. Sungguhpun Pn.Azlizah sudah berusia 46 tahun, beliau mempunyai pengetahuan ICT yang agak kurang berbanding rakan sekerja beliau. Beliau menggunakan sepenuh  perkhidmatan NADI untuk membuat kerja dan juga menghadiri pelbagai bengkel ICT yang dianjurkan oleh NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pn.Azlizah tidak mempunyai kemudahan IT dirumah beliau dan memandangkan NADI agak dekat dengan kediaman beliau, maka agak mudah untuk Pn.Azlizah untuk menggunakan PC dan sekali gus mencetak dokumen yang diperlukan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemudahan yang dtawarkan oleh NADI banyak membantu beliau, kemudahan menggunakan komputer pada kadar harga yang murah dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke NADI. Kini Pn.Azlizah sudah boleh menaip dan mengisi pelbagai borang secara online dengan bimbingan petugas NADI. Beliau dan rakan KEMAS kerap menghadiri ke NADI untuk menyertai pelbagai aktiviti dan bengkel serta kerjasama dari KEMAS.

Pn.Azlizah juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di NADI antaranya kelas mempelajari Asas Microsoft Office (Word) dan menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan NADI. Bagi beliau, NADI banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar NADI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT

Klik tulisan warna merah jambu ini untuk melihat gambar :-

i) Pn.Azlizah (bertudung beige) yang menyertai bengkel Canva & AI di NADI , 

ii) Pn.Azlizah yang mempelajari asas komputer di NADI

iii) Pn.Azlizah bersama rakan sekerja menggunakan perkhidmatan NADI