mcmc
Kisah kejayaan

KISAH KEJAYAAN NADI KG SG MASIN 2024 – BUSRA BINTI YAHYA

Nama  : Pn.Busra Binti Yahya

Umur   : 57 Tahun

Tahun Menjadi Ahli NADI : 2023

Usahawan sepenuh masa Coffee Classic bagi cawangan Batang Kali.

Nama Perusahaan : Coffee Classic Batang Kali

Latar belakang

Pn Busra merupakan seorang peniaga kopi (Coffee Classic) yang bertempat di Batang Kali. Pn Busra mengandalikan hub Coffee Classic cawangan Batang Kali sejak beberapa tahun yang lepas. Coffee Classic kini mencecah lebih dari 5 cawangan di sekitar Batang Kali. Coffee Classic adalah jenama terkenal kopi di seluruh semenanjung Malaysia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum wujudnya NADI beliau hanya mengharapkan pertolongan anak atau saudara terdekat untuk membuat akaun baru media social seperti Facebook dan Instagram dan Shopee dengan tujuan untuk mempromosikan perniagaan. Beliau juga meminta pertolongan saudara terdekat untuk menyiapkan segala bentuk kertas kerja dan dokumen yang memerlukan penggunaan komputer kerana beliau kurang mahir dengan perkakasan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pn Busra menghadiri bengkel keusahawanan di NADI sejak dari akhir tahun 2023. Rakan Digital yang membimbing Pn Busra untuk mencipta akaun Shopee dan juga Whatsapp Business serta memberi panduan kepada beliau untuk membuat pembaharuan sijil SSM secara online. Beliau juga kerap hadir ke taklimat yang dianjurkan oleh NADI dan juga gemar bertukar pengalaman bersama usahawan-usahawan yang lain.

Antara yang di pelajari oleh Pn Busra di NADI adalah menyertai Bengkel Keusahawanan di NADI dan mempelajari untuk mempromosi produk melalui Whatsapp Catalogue.Selain itu, NADI membantu Pn Busra dalam mempelajari asas Shopee dan menyertai pelbagai bengkel di NADI. 

NADI banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan antaranya membantu perkembangan perniagaan / peningkatan tahap kemahiran ICT. Beliau berharap agar NADI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT. Bagi beliau, NADI ini sedikit sebanyak membantu segala bentuk penulisan serta kertas kerja menjadi lebih mudah dengan adanya perkhidmatan tambahan berupa fotostet dan printing. Di samping itu, bengkel usahawan membantu beliau untuk menangkap gambar produk dengan lebih cantik dan sesuai untuk pemasaran produk.

Bagi beliau, NADI ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau serta keluarga untuk menambah pendapatan keluarga jika beliau dapat menjalankan perniagaan dengan lancar dan mudah.

Klik Gambar Di Sini ( Mempelajari untuk mempromosi produk melalui Whatsapp Catalogue )