Pn Hapizah merupakan seorang ejen bagi produk Teega (House Of Snacks) dan juga produk rempeyek tempatan (King Rempeyek)
Nama : Pn Hapizah Binti Harun
Umur : 32 Tahun
Nama Perusahaan : Teega & King Rempeyek
Tahun menjadi Ahli NADI : November 2023
Latar belakang |
Pn Hapizah merupakan salah seorang pekerja NADI yang bertugas sebagai Rakan Digital. Sebelum menyertai NADI, beliau pernah bekerja sepenuh masa sebagai kakitangan di Syarikat Astro selama 9 tahun. Selama beliau bekerja, Pn Hapizah mula menjual sebagai drop ship dari produk dari Teega dan King Rempeyek untuk dijadikan sebagai pendapatan sampingan. Kini beliau hampir menjual kebanyakan produk tersebut sepenuh masa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI Pn Hapizah tidak asing dengan ICT. Beliau juga pernah hadir ke NADI yang berdekatan dengan rumah beliau untuk menggunakan perkhidmatan sedia ada di sana. Pn Hapizah menggunakan sepenuhnya telefon pintar untuk membuat pemasaran secara online samada di platform Whatsapp mahupun Facebook. Beliau juga mempunyai pelanggan setia sejak beliau bekerja di syarikat lama Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Setelah menjadi ahli NADI dan bekerja sebagai Rakan Digital, Pn Hapizah menggunakan kemudahan sepenuhnya untuk menjual produk-produk beliau. Disamping perlu mencari usahawan sekitar di NADI dan juga mengajar usahawan-usahawan tersebut dan beliau mengambil kesempatan untuk bertukar pandangan sesama usahawan dan juga ejen produk untuk mengembangkan lagi pengetahuan am perniagaan. Pn Hapizah kini boleh mendapat pendapatan smpingan mencecah RM 500 – RM600 sebulan bengantung kepada permintaan dan musim perayaan. Antara yang di pelajari oleh Pn Hapizah di NADI adalah menyertai Bengkel Keusahawanan di NADI dan menyertai Bengkel keusahawanan Shopee serta seminar pemasaran Shopee.Selain itu, NADI membantu Pn Hapizah dalam membantu menawarkan kemudahan untuk usahawan seperti penggunaan PC dan bengkel-bengkel bermanfaat khusus untuk usahawan. Selain itu, dengan kemudahan internet di NADI membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung NADI. NADI banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar NADI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT. Bagi beliau, NADI ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau. Klik Gambar Di Sini ( Pn Hapizah yang menjadi tenaga pengajar di bengkel yang diadakan di NADI baru-baru ini.) dan Klik Gambar Di Sini ( Menyertai Bengkel Keusahawanan di NADI dan Bengkel keusahawanan Shopee ) |