Pn Atiqah merupakan seorang usahawan Kuih Tiram. Pada masa yang sama beliau juga ada menjual brownies, lasagna, meatball carbonara, choco rock, dan juga membuat door gift untuk majlis perkahwinan.
Nama : Pn.Nor Atiqah Bt Mohd Suhaimi
Umur : 27 Tahun
Nama Perusahaan : Aimiez Kitchen
Ahli PEDi : Jun 2019
Latar belakang
Pn.Atiqah merupakan seorang pekerja sepenuh masa dan juga usahawan makanan basah. Aimiez Kitchen yang pada mulanya disusahakan pada tahun 2017 oleh ibu beliau dimulakan secara kecil-kecilan sahaja. Hanya memenuhi permintaan kuih muih dari sahabat dan juga kejiranan. Setelah ayah kepada Pn Atiqah meninggal dunia, beliau dan juga ibu beliau mengambil keputusan untuk mengembangkan lagi perusahaan kuih muih tiram dan juga brownies pada Mac 2019. Kini Aimiez Kitchen mempunyai 3 orang pekerja dan Pn Atiqah cuba memenuhi permintaan dan tempahan terutama pada hujung minggu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pn.Atiqah mempunyai pengetahuan yang agak mahir mengenai komputer. Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau hanya menggunakan komputer di rumah untuk menaip segala dokumen berkaitan perniagaan beliau. Pada awal perniagaan, Pn Atiqah juga mempromosikan perniagaan beliau secara kaedah sebaran mulut dari rakan ke rakan yang lain. Oleh kerana faktor umur Pn Atiqah yang muda, beliau mampu bergerak aktif untuk mempromosikan perniagaan beliau. Pada awal perniagaan beliau meraih pendapatan tidak tetap lebih kurang di dalam RM500 – RM800 mengikut kepada tempahan dan musim.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah Pn Atiqah menglibatkan diri dengan bengkel dan latihan yang diadakan di PEDi, beliau mampu membuka Facebook dan Instagram dan juga mampu membuat iklan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp. Tambahan pula, dengan menyertai bengkel dan latihan di PEDi memudahkan Pn Atiqah memperluaskan kenalan disamping mempromosikan perniagaan beliau dikalangan peserta-peserta bengkel. Kini, Pn Atiqah senang mengambil tempahan menerusi group whatsapp dan juga pesanan dari Instagram. Pn Atiqah juga kerap memuat naik hasil tempahan dan produk makanan ke dalam Instagram beliau untuk tatapan para pembaca. Kini Pn Atiqah mampu meraih pendapatan RM1000 – RM2000 mengikut tempahan dan musim.
Pn Atiqah juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di PEDi antaranya kelas Bengkel Keusahawanan ( Media Sosial ) menyertai Bengkel Asas Media Baru serta Bengkel MyShop agar dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaan. Selain itu, dengan kemudahan internet di PEDi membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung PEDi. Selain itu, PEDi juga mengadakan jualan kecil di PEDi sempena program seperti Open Day dan Jom Sihat.
Bagi beliau, PEDi ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau,
Klik untuk melihat gambar di sebelah ini Klik Gambar Di Sini