mcmc
Kisah kejayaan

KISAH KEJAYAAN – NORIZAN BINTI MOHD GHAZALI

Usahawan sepenuh masa bagi produk yang berasakan bakeri seperti kek perkahwinan dan harijadi, kek muffin, kek cawan, biskut raya, dan kek lapis.

Pn. Norizan juga mempunyai keistimewaan membuat kek Fondant dan Steam Butter Cream.

Nama  : Norizan Binti Mohd Ghazali

Umur   : 39 Tahun

Nama Perusahaan : Nuryz_Cakes & Pastry

Tahun menjadi Ahli PEDi : 2016

Latar belakang

Sebelum memulakan perniagaan kecil kecilan ini, beliau pernah bekerja sebagai pembantu klinik selama beberapa tahun. Setelah beliau berkahwin dan mempunyai anak beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Oleh kerana minat yang mendalam dan pengaruh rakan-rakan, beliau mula berkecimpung dan menjinak-jinak kan diri dalam bidang masakan terutamanya pastry. Beliau mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan dan membuka perusahaan baru. Kini beliau giat mengambil sijil-sijil kemahiran seperti Sijil KEMAS dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum wujudnya PEDi beliau hanya mengharapkan pertolongan saudara terdekat untuk membuat akaun baru media social seperti Facebook dan Instagram dengan tujuan untuk mempromosikan perniagaan. Beliau juga meminta pertolongan saudara terdekat untuk menyiapkan segala bentuk kertas kerja dan dokumen yang memerlukan penggunaan komputer kerana beliau kurang mahir dengan perkakasan komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sejak beberapa bulan menjalani perniagaan secara kecil kecilan, perniagaan semakin maju dan Pn.Norizan menerima lebih banyak tempahan berbanding sebelum ini. Oleh kerana PEDi terletak berdekatan dengan rumah beliau, Pn.Norazlina kini lebih mudah untuk berulang alik ke PEDi untuk mencatak dan menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan yang terdapat di PEDi. Beliau juga turut aktif memuat naik produk-produk perniagaan di dalam Intsgram. Selama berkecimpung di dalam pernigaan ini, pendapatan bersih Pn.Norizan juga bertambah di dalam sekitar RM 2000 ke RM 3000 mengikut musim-musim.

Antara yang di pelajari oleh Pn.Norizan  di PEDi adalah menyertai Bengkel Keusahawanan di PEDi dan mempelajari untuk mempromosi produk melalui pelbagai saluran media atas talian seperti FB dan Instagram.Selain itu, PEDi membantu Pn.Norizan dalam membantu mempromosikan produk di webpage Dashboard Komuniti dengan peningkatan tahap kemahiran IT dan PEDi mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik. Selain itu, dengan kemudahan internet di PEDi membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung PEDi

PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT. Bagi beliau, PEDi ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau.

Klik Video Di Sini