mcmc
Kisah kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA 2018

ssc

KEUSAHAWANAN I – MAHANUM BINTI HJ MOHD SHAH

Usahawan berasaskan kuih bahulu tradisional, kek, muffin, kek cawan dan kuih muih tradisional di sekitar Kg Sg Masin.

Nama  : MAHANUM BINTI HJ MOHD SHAH

Umur   : 57 Tahun

Nama Perusahaan :  Lot A Bakery Enterprise

Ahli  Pusat Internet : November 2017

 

Latar Belakang

Lot A Bakery Enterprise telah menjalankan perusahaan selama 16 tahun dan syarikat ini telah didaftarkan dibawah SSM. Pengusaha , Pn Mahanum binti  Hj Mhd Shah yang berusia 57 tahun, telah memulakan perniagaan secara kecil- kecilan dengan menjual kuih-muih seperti bahulu, kuih bakar atau bahulu kemboja, kek, kek gula hangus, kek mangkuk dan muffin. Dengan hasil daripada jualan kuih tradisional tersebut, Pn. Mahanum sedikit sebanyak dapat menyimpan modal untuk memperluaskan perniagaan beliau.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Pada awal perniagaan, Pn Mahanum tidak menggunakan sebarang hebahan atas talian kerana tiada kemudahan seperti itu disediakan. Pn Mahanum mengharapkan bantuan rakan-rakan untuk mempromosi produk-produk menerusi hebahan secara mulut ke mulut. Diatas permintaan yang semakin meningkat, Pn. Mahanum  telah memohon kepada Jabatan Pertanian dan RISDA bagi mendapatkan peruntukan untuk membeli ketuhar, mesin pembancuh, pengelip kuih dan sebuah bengkel memproses kuih.   Pada awal penjualan kuih tersebut Pn Mahanum mampu meraih pendapatan kasar sebanyak RM1000.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Setelah adanya kemudahan seperti media sosial dan internet, Pn Mahanum berjaya megiklankan melalui laman web dan laman Facebook yang aktif. Kini perniagaan Pn Mahanum mampu meraih pendapatan lebih kurang RM3000 – RM4000 mengikut musim serta Pn. Mahanum juga telah mempunyai stor untuk menyimpan barang-barang asas membuat produk. Stor tersebut juga dijadikan sebagai bilik pameran hasil produk.

Kebanyakan pelanggan- pelanggan Pn. Mahanun  datang dari pelbagai negeri dan membuat tempahan  untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis-majlis yang lain. Disebabkan penghasilan produk yang berkualiti, kuih-muih yang dihasilkan mendapat pujian dan memuaskan hati pelanggan-pelanggan beliau. Tambahan pula, dengan bantuan anak-anak yang kian meningkat dewasa mampu melonjakkan lagi perniagaan beliau

Pn. Mahanum juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas pembangunan ICT (Microsoft Office),  Bengkel Keusahawanan ( Media Sosial ) serta Bengkel MyShop agar Pi1M dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaan. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Sg Masin membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin.

Bagi beliau, Pusat Internet Kg Sg Masin ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau.

Untuk menghubungi Pn Mahanum adalah FB : Lot A Bakery Enterprise serta laman web www.baulucikanum.komuniti-niaga.com

 aqq

 Pn Mahanum bersama anaknya mengikuti kelas serta aktiviti di Pusat Internet Kg Sg Masin

 

KEUSAHAWANAN I – SARINA BT MOHD SIDEK

Seorang pengusaha pastry (membuat kuih muih raya seperti Tart nenas, Semperit Asli, Cookies) dan baru-baru ini Pn Sarina telah mengusahakan 1 produk baru iaitu Sambal Bilis Crunchy.

Nama  : SARINA BT MOHD SIDEK

Umur   : 42 Tahun

Nama Perusahaan :  INACOOKIES

Ahli  Pusat Internet : Januari 2018

Latar Belakang

Sebelum memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, Pn Sarina pernah bekerja sebagai pekerja di bahagian pentadbiran. Setelah berkahwin dan mempunyai anak, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana beliau mengalami kesukaran untuk mencari penjaga anaknya. Bagi menambah pendapatan beliau mula berjinak-jinak menjual kuih dan biskut-biskut raya. Pada awal tahun 2018, Pn Sarina juga mengambil keputusan untuk mengembangakn perniagaan kuih muih beliau kepada pembuatan Sambal Bilis Crunchy yang hangat diperkatakan di Sekitar Batang Kali.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Pada permulaan perniagaan bsikut raya beliau, Pn Sarina hanya mampu meraih pendapatan sebanyak RM 300++ per musim begantung kepada permintaan pelanggan. Pn Sarina hanya bergantung kepada kawan-kawan beliau yang untuk mempromosi kuih raya dan biskut raya beliau. Wujudnya ramai peniaga kuih muih dan biskut raya di sekitar Batang Kali membuatkan Pn Sarina mengambil keputusan untuk menjual makanan yang lain. Maka wujudnya produk terbaharu iaitu Sambal Bilis Crunchy. Walaubagaimanapaun, Pn Sarina tetap menjual kuih popular beliau seperti Tart Nenas, Semperit Asli bergantung kepada tempahan pelanggan. Pada awal perniagaan, Pn Sarina meminta sumbangan  berbentuk keperluan memasak seperti Oven, Mixer, Sealer, Tray dari RISDA bagi memudahkan proses pembuatan biskut beliau.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Sejak adanya kemudahan teknologi media sosial seperti Facebook dan Instagram Pn Sarina begitu aktif mengiklankan perniagaan beliau secara meluas terutama dikalangan rakan serta kejiranan terdekat. Pn.Sarina juga kerap kali mendapat pesanan dari kaum kerabat dan jiran tetangga mahupun pelanggan luar demi membeli biskut serta sambal bilis beliau. Kini pelanggan tetap Pn Sarina kerap membeli Sambal Bilis untuk dibawa “travel” ke luar negara kerana berpendapat bahawan Sambal Bilis Pn Sarina sesuai dijadikan makanan penyelamat ktika berada di luar negara. Kini Pn Sarina mampu meraih jualan sehingga 100 botol sambal bilis sebulan kira-kira RM 1000, dan kuih raya mampu meraih sebanyak RM3000 semusim raya.

Pn Sarina selalu menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas pembangunan ICT (Microsoft Office),  Bengkel Keusahawanan ( Media Sosial ) serta Bengkel MyShop agar Pusat Internet Kg Sg Masin  dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaan. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Sg Masin membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin.

Bagi beliau, Pusat Internet Kg Sg Masin ini sedikit sebanyak membantu  dari segi perkhidmatan dan sebagai 1 stop centre bagi komuniti Kg Sg Masin serta kelas dan bengkel khas unutk usahawan-usahawan.

Untuk menghubungi Pn Sarina adalah FB : Sarina Bt Sidek Ina serta Instagram : sambalbiliscrunchyMakuda

dd hfh

 

CELIK IT – PUTRA MUHAMMAD FARIS BIN NOR

Mempelajari Asas Microsoft Office, Mempelajari Asas media Baru dan Membuat Rancangan Perniagaan Ringkas.

Nama  : PUTRA MUHAMMAD FARIS BIN NOR

Umur   : 18 Tahun 

Ahli      : APRIL 2018

Latar Belakang

Faris merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang bersekolah di Sekolah Menengah Syed Masyor Batang Kali. Faris merupakan seorang pengguna tetap Pusat Internet Kg Sg Masin. Beliau amat rajin hadir ke Pusat Internet Kg Sg Masin untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti internet dan perkhidmatan cetakan. Disamping menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet Kg Sg Masin, beliau juga turut mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama-sama rakan beliau untuk membuat sedikit perbincangan mengenai kerja sekolah dan sebagainya. Beliau juga aktif mengikuti latihan dan juga sebarang aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin ini.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Sebelum wujudnya Pi1M Sg.Masin, Faris bekerja sambilan di kedai berdekatan dengan rumah beliau demi menampung perbelanjaan harian dan selepas memasuki institusi jika diterima kelak. Setelah beberapa bulan bekerja sambilan, ayah beliau menyarankan beliau untuk mempelajari asas komputer di Pi1M Sg.Masin sebagai bekalan pengetahuan sebelum memasuki ke universiti kelak. Faris juga tidak mempunyai kemudahan komputer dirumah beliau dan bekerja untuk mengumpul duit membeli komputer riba.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Bermula pada April 2018, Faris beliau mengambil keputusan untuk menyertai bengkel Microsoft Office yang ditawarkan oleh pihak Pusat Internet Kg Sg Masin bagi lepasan SPM. Faris beserta kawannya mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, excel, Asas media Baru) serta membuat Rancangan Perniagaan ringkas untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan selama lebih kurang 2 bulan dan Faris dikehendaki untuk menjalani ujian khusus Microsoft office sebelum diberikan Sijil Penghargaan. Faris juga telah menerima pelbagai cenderahati hasil daripada menyertai pelbagai aktiviti dan bengkel yang dibuat oleh pihak Pusat Internet Kg Sg Masin.

Faris mengakui bahawa Pusat Internet banyak membantu beliau untuk berkembang lebih maju seiring dengan peradaran zaman yang memerlukan pengetahuan tentang asas teknologi dan pekomputeran. Dengan adanya kelas dan aktiviti yang menarik, ia membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta memudahkan beliau untuk memohon atau mengisi segala borang-borang yang terdapat did dalam atas talian. Tambahan pula, dengan menghadiri kelas ICT seperti ini, sedikit sebanyak dapat membantu beliau supaya lebih bersedia untuk menempuh pelbagai rintangan untuk melangkah ke alam universiti dan sewaktu dengannya.

Lihat Gambar Di Sini (Antara Aktiviti KOSPEN Di Hadiri Faris) serta Lihat Gambar Di Sini (Antara Kelas Di Hadiri Faris)