KEUSAHAWANAN II – Shamsiah Abdullah
Pn. Shamsiah merupakan seorang usahawan catering. Pn Shamsiah menyediakan catering untuk kenduri kahwin, majlis keraian,serta majlis kecik-kecilan
Nama : Shamsiah Abdullah
Umur : 56 Tahun
Nama Perusahaan : Bonda Zainab Enterprise
Ahli Pusat Internet : Jun 2018
Latar Belakang
Pn. Shamsiah adalah seorang usahawan katering. Pada awalnya, Pn Shamsiah yang mudah dikenali sebagai Wan Chu pernah bekerja sebagai pekerja kilang Heavafill Batang Kali pada awal usia 20 dan 30 an. Oleh kerana Pn Shamsiah suka memasak dan membuat kuih muih raya, Pn Shamsiah mengambil keputusan untuk berhenti kerja di kilang yang berdekatan dari rumahnya, dan meneruskan perniagaan kecil-kecilan sebagai penjual kuih –muih raya dan kerepek. Setelah beberapa tahun berniaga, rakan rapat beliau pernah menempah makanan lauk pauk dari Pn.Shamsiah dan terkejut dengan rasa masakan beliau yang sangat sedap. Mereka mencadangkan beliau untuk membuka catering secara kecil-kecilan. Kini Wan Chu catering menjadi salah satu catering yang mashur bukan sahaja di sekitar Batang Kali,malah ke serata pelusuk Kuala Lumpur dan Selangor. Pn Shamsiah mempunyai sekitar 15 orang pekerja termasuk pekerja sambilan untuk cucian dan mengemas.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Sebelum wujudnya PI ini, Pn. Shamsiah bergantung harap dengan anak dan menantu beliau untuk menyiapkan segala dokumentasi berkaitan dengan kerja dan selainnya. Pn Shamsiah juga sukar untuk mencetak dokumen-dokumen belaiu dan beliau juga tidak mempunyai Invois yang rasmi. Pn Shamsiah juga akui, beliau juga sukar untuk mempelajari bidang perkomputeran kerana umur yang sudah meningkat. Pada awal penglibatan beliau di dalam bidang masakan in, pendapatan beliau tidaklah begitu banyak kerana beliau ingin membina hubungan baik antara pelanggan dan ingin membina kepercayaan diantara pelanggan beliau. Beliau hanya meraih sehingga RM3000-4000 mengikut tempahan.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Setelah adanya kemudahan seperti Whatsapp dan media sosial, Pn Shamsiah mudah untuk membuat urusan. Beliau juga mempromosikan secara manual melalui edaran kad perniagaan di kenduri-kenduri. Beliau juga ada masuk beberapa tender kerajaan di laman e-perolehan dan mampu mendapatkan beberapa tender seperti Polis Bukit Aman, Pejabat Daerah KKB dan sebagainya. Kini beliau juga mampu membuat invois, sebut harga dan delivery order sendiri tanpa bantuan orang lain hasil dari kelas yang dipelajari di PI Kg Sg.Masin. Kini Pn Shamsiah mampu meraih sehingga RM 10 ribu sehingga RM 15 ribu bergantung kepada tempahan. Tempahan yang paling banyak adalah sekitar cuti sekolah dan hari-hari lain
Pn. Shamsiah juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya menghadiri Mesyuarat AJK PI, Bengkel Keusahawanan serta PI Kelas Microsoft Office. Bagi beliau, Pusat Internet Kg Sg Masin ini sedikit sebanyak membantu dari segi perkhidmatan dan sebagai 1 stop centre bagi komuniti Kg Sg Masin serta kelas dan bengkel khas untuk usahawan-usahawan. PI juga banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya asas internet dan komputer