mcmc
Kisah kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA 2021 – NUR SURAYA BINTI JAMIL

Pn.Suraya merupakan seorang ejen berdaftar bagi produk wangian De’xandra Perfume

Nama  : Pn.Suraya Binti Jamil

Umur   : 34 Tahun

Nama Perusahaan :  De’xandra Perfume

Ahli  Pusat Internet : Jun 2020

Latar belakang

Pn.Suraya merupakan seorang ejen berdaftar bagi produk De’xandra Perfume, Pn.Suraya juga bekerja sepenuh masa di dalam sector swasta. Kini Pn.Suraya mengusahakan Fb page De’xandra Official beliau secara sepenuh masa bagi tujuan promosi. Pn Suraya juga mempunyai akaun seller Shopee bagi menjual produk beliau. Pn Suraya mula berjinak sebagai ejen De’Xandra sejak dari tahun 2016. Pada mulanya beliau ingin bermula sebagai dropship kecik kecilan. Memandangkan permintaan perfume semakin banyak, beliau mula meningkat sebagai ejen sehingga sekarang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn.Suraya mempunyai pengetahuan yang mahir mengenai komputer. Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau hanya menggunakan telefon pintar beliau bagi menggunakan page FB untuk mempromosikan produk jualan beliau. Oleh kerana beliau tidak mempunyai kelengkapan komputer dan printing di rumah beliau menyebabkan beliau sering hadir ke pusat internet berhampiran. Pada awal perniagaan  beliau meraih pendapatan tidak tetap lebih kurang di dalam RM500

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah Pn.Suraya menglibatkan diri dengan bengkel dan latihan yang diadakan di PI, beliau mampu membuka Page Facebook dan juga Instagram serta mempelajari cara untuk menjual produk di dalam web e dagang seperti Shopee dan Lazada. Tambahan pula, dengan menyertai bengkel dan latihan di PI memudahkan Pn.Suraya memperluaskan kenalan disamping mempromosikan perniagaan beliau dikalangan peserta-peserta bengkel. Kini, Pn.Suraya senang menjual produk perfume beliau dari laman web Shopee. Kini Pn.Suraya mampu meraih pendapatan RM800 – RM1000

Pn.Suraya juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas Bengkel Keusahawanan ( Media Sosial ), menyertai Bengkel Asas Media Baru serta Bengkel MyShop agar dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaan. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Sg Masin membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin. Selain itu, Pn.Suraya juga mengadakan jualan kecil di PI sempena program seperti Open Day dan Jom Sihat.

Bagi beliau, Pusat Internet ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau,

Untuk menghubungi Pn.Suraya adalah Facebook https://www.facebook.com/Dexandra-Aya-Suraya-105112437895890 dan Instagram Aya suraya. Klik untuk melihat gambar di sebelah ini Lihat Gambar Di Sini (Pn.Suraya berbaju merah mempelajari login sebagai seller Shopee)