Cik Shahila usahawan makanan basah dan mempunyai kedai yang menjual makanan pagi dan tengahari seperti roti bakar, nasi lemak, laksa, mee kari, nasi ayam jerit sambal lemon, dessert dan pelbagai lagi.
Nama : Cik Nor Shahila Bt Mohd Suhaimi
Umur : 31 Tahun
Nama Perusahaan : Kopi Den
Ahli PEDi : Jun 2019
Latar belakang
Cik Shahila merupakan seorang usahawan dan peniaga makanan sepenuh masa. Cik Shahila dan sepupu beliau Pn Farah Adila membuka restoren bernama Kopi Den pada September 2019 secara kecil-kecilan. Pada mulanya tapak perniagaan beliau di Kampung Sentosa adalah pejabat kepunyaan arwah ayah Cik Shahila. Selepas pemergiaan ayahanda beliau, Shahila dan Farah membuat keputusan untuk membuka kedai makan yang khususnya menjual makanan pagi . Pada mula pembukaan Kopi Den, Kedai tersebut hanya khusus untuk Dine In. Sejak PKP, kedai Kopi Den mula membuat tempahan secara atas talian dan menawarkan delivery mengikut tempat. Sejak dari itu, permintaan Kopi Den semakin meningkat dan juga menu semakin bertambah. Kini Kedai Kopi Den juga ada perkhidmatan Food Panda dan juga runner.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi |
Cik Shahila mempunyai pengetahuan yang sangat mahir berkenaan komputer. Oleh kerana pada awal pembukaan kedai, Kopi Den hanya khusus untuk Dine In sahaja, maka Cik Shahila serta partner beliau tidak dapat menumpukan sepenuh masa untuk promosi secara atas talian dan banyak menghabiskan masa melayan pelanggan di restoren beliau. Promosi kedai hanya di FB sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi |
Sejak PKP Mac lalu, Kedai Kopi Den terpaksa ditutup sehingga dibenarkan beroperasi dan untuk mengambil hati pelanggan semula agak sukar. Maka dengan itu, Shahila dan juga Farah membuat keputusan untuk membuat tempahan secara online dan mula bergiat aktif sejak dari itu. Shahila mula aktif mempromosikan di group whatsapp dan juga group FB sekitar kejiranan. Setelah dari itu, perniagaan mula bertambah baik, permintaan semakin meningkat. Pendapatan harian untuk tempahan online sahaja boleh mencecah sehingga RM500 sehari bergantung kepada permintaan.
Antara yang di pelajari oleh Cik Shahila di PEDi adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, Excel), mempelajari Asas media Baru (Internet, emel dan media social) dan menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PEDi. Selain itu, PEDi membantu Cik Shahila dalam peningkatan tahap kemahiran IT, ia mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik, membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah.
PEDi banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PEDi kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT.