KEUSAHAWANAN I – ELINE SEAH
Eline merupakan seorang guru tuisyen di pusat tuisyen di Batang Kali dan juga tenaga pengajar sambilan di Pusat Tuisyen miliknya.
Nama : ELINE SEAH
Umur : 40 Tahun
Nama Perusahaan : PUSAT TUISYEN ELINE SEAH
Ahli Pusat Internet : DISEMBER 2017
Latar Belakang
Eline merupakan seorang tenaga pengajar di salah sebuah Pusat Tuisyen di Batang Kali. Eline yang merupakan anak jati Batang Kali pernah menjadi seorang kaunselor di salah sebuah universti tempatan (UTAR) selama 7 tahun, mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana merasakan hidupnya sangat sibuk dan padat. Beliau juga merasakan hidup di kota memerlukan kos yang sangat tinggi dan kurang masa bersama keluarga beliau. Maka, Eline mengambil keputusan untuk berhenti dan menjadi guru tuisyen sambilan di sebuah pusat tuisyen berdekatan dengan rumah beliau.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Pada mulanya, Eline tidak mengetahui kewujudan PI ini walaupun sering berulang alik ke kolam air panas Hulu Tamu dan melalui kawasan PI. Setelah berborak dengan petugas perpustakaan desa Kg Sg Masin, beliau mengambil keputusan untuk datang ke PI dengan hasrat untuk menyertai pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh PI. Beliau juga mengambil keputusan untuk menubuhkan pusat tuisyen sendiri dan menyewa perpustakaan desa Kg Sg Masin bagi tempat pembelajaran. Semasa bekerja sebagai kaunselor di UTAR, beliau memperoleh gaji sebanyak RM2500 setiap bulan.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Eline seorang tenaga pengajar yang celik IT. Tetapi Eline tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada untuk mempromosikan Pusat Tuisyen yang baru ditubuhkan beliau. Beliau juga tidak berapa mahir menghasilkan poster bagu tujuan mempromosikan Pusat Tuisyen beliau. Beliau pernah belajar dan meminta pertolongan dari petugas PI untuk menghasilkan poster dan iklan ringkas untuk dipromosikan melalui media sosial dan juga Dashboard Mykomuniti. Walaupun beliau menjadi tenaga pengajar sepenuh masa di Pusat Tuisyen Stesen A Tuition Centre, beliau masih lagi berhasrat untuk mengajar subjek yang lain seperti Mandarin dan English sebagai penambah pendapatan. Permintaan yang tinggi dari kalangan kaum Melayu juga mendorong Eline untuk membuka pusat tuisyen sendiri. Kini Eline mampu meraih pendapatan bulanan dari tuisyen sambilan sebanyak RM1000.00 tidak termasuk pendapatan tetap sebagai tenaga pengajar di Stesen A Tuition Centre.
Eline juga telah menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas Asas Media Baru, Bengkel Keusahawanan ( Media Sosial ) serta Bengkel MyShop agar dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaan. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Sg Masin membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin.
Bagi beliau, Pusat Internet ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. Lebih – lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau.
Untuk menghubungi Eline adalah Instagram : elineseah dan Facebook : Eline Seah
Antara Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri Elaine iaitu menyertai bengkel dan meletakkan produk beliau di MyShop.
Untuk keterangan lanjut mengenai penglibatan Eline di Pusat Internet Kg Sg Masin seperti Produk / Hasil Transformasi iaitu antara kelas tuisyen yang dibuat oleh Elaine, Promosi di Media Sosial ( Laman web Dashboard MyShop dan media sosial Eline ) serta aktiviti yang disertai oleh Elaine dalam proses penghasilan produk, penglibatan dan promosi kelas tuisyen di PI Kg Sg Masin. Lihat Gambar Di Sini (Eline baju merah)
KEUSAHAWANAN II – MOHD ALIF HAIKAL BIN PUNARI
Alif merupakan seorang peniaga kecil kecilan roti canai. Beliau juga membantu isteri beliau menjual bahulu dan kek serta menerima tempahan untuk doorgift majlis perkahwinan dan lain-lain. Beliau juga mempromosikan bisnes penyelenggaraan pendingin hawa (aircond service) abang iparnya.
Nama : MOHD ALIF HAIKAL BIN PUNARI
Umur : 28 Tahun
Nama Perusahaan : LOT A BAKERY
Ahli Pusat Internet : FEBRUARI 2018
Latar Belakang
Selepas tamat belajar, Alif bekerja di salah sebuah syarikat di ibu kota. Setelah berkahwin dengan Rabiatul Adawiyah yang juga salah seorang usahawan Pusat Internet Kg Sg Masin (Kisah Kejayaan Suku Tahun Kedua pada 2016), beliau mengambil keputusan untuk membantu isterinya berniaga dan meneruskan legasi perniagaan ibu mertua beliau. Memandangkan Alif juga anak kepad seorang penjual murtabak dan kuih muih, beliau juga mempunyai kemahiran di dalam membuat dan menebar roti canai. Maka Alif mengambil keputusan untuk membuka kedai berhampiran rumahnya dan menjual roti canai pada sebelah pagi.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Pada mulanya, beliau yang hanya membantu isteri berniaga bakery seperti bahulu, tempahan majlis perkahwinan, popcorn serta kek. Oleh kerana permintaan yang laris, dia mengambil keputusan untuk membantu isterinya sepenuhnya. Oleh kerana pengetahuan ICT yang kurang, Alif kurang mempromosikan secara atas talian dan bergantung kepada rakan-rakan untuk mempromosikan bisnes beliau dan iserinya.pada awal perniagaan, beliau meraih sehingga RM 800 – RM 1200 bergantung kepada permintaan.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Sejak adanya kemudahan teknologi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp, promosi perniagaan menjadi lebih mudah kerana melalui media sosial sahaja, dapat menarik pelbagai pelanggan. Kedai Roti canai beliau juga mendapat perhatian pelanggan dari sekitar Sungai Masin dan juga pelanggan yang berulang alik ke Genting Highlands. Kedai Roti Canai beliau juga menjadi tempat persinggahan untuk pelanggan yang mengambil tempahan kek serta bahulu. Kini pendapatan secara keseluruhan belaiu mampu mencecah RM 1500 – RM 2500.
Alif juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas usahawan, Kelas Dashboard MyShop serta menghadiri aktiviti serta bengkel usahawan yang lain di PI. PI banyak membantu Alif dari segi perkhidmatan dan sebagai 1 stop centre bagi komuniti Sg.Masin dengan menyertai kelas dan bengkel khas untuk usahawan-usahawan serta PI banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya asas internet dan komputer.
Untuk menghubungi Alif adalah Facebook Alif Hykal.
Antara bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri oleh En Alif Haikal adalah menghadiri kelas Usahawan dan MyShop dan untuk keterangan lanjut mengenai penglibatan Alif dalam Produk / Hasil Transformasi iaitu kedai yang dijalankan oleh Alif, Promosi di Media Sosial ( Laman FB Alif dan Isterinya ) serta servis pendingin hawa yang dijalankan secara sambilan oleh beliau dan abang iparnya sila Lihat Gambar Di Sini.
CELIK IT – NUR IZZATI BINTI MIOR SHARIFUDDIN
Mempelajari Asas Microsoft Office, Mempelajari Asas media Baru dan Membuat Rancangan Perniagaan Ringkas.
Nama : NUR IZZATI BINTI MIOR SHARIFUDDIN
Umur : 11 Tahun
Ahli : JUN 2016
Latar Belakang
Izzati merupakan seorang pelajar tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Izzati merupakan seorang pengguna tetap PI Sg.Masin sejak dari tahun 2016 lagi. Beliau amat rajin hadir ke PI untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti internet dan perkhidmatan cetakan. Disamping menggunakan kemudahan yang ada di PI, beliau juga turut mengambil kesempatan untuk mempelajari dan menyertai segala aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh PI Sg.Masin
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Sebelum kewujudan PI, Izzati serta rakan-rakannya hanya meluangkan masa di taman permainan dan di rumah kawannya. Membuat kerja sekolah yang memerlukan akses internet dan komputer menjadi lebih sukar kerana CC jauh dan Izzati tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah beliau. Izzati juga kurag mahir menggunakan komputer walaupun sudah beberapa kali diajar oleh cikgu di sekolah beliau.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Sejak adanya Pusat Internet ini, Izzati banyak habiskan masa melayari internet pada hujung minggu dan sewaktu cuti sekolah untuk menyiapkan segala kerja sekolah nya mahupun membuat diskusi bersama rakan-rakan sekolah nya. Izzati juga mampu untuk menaip dan mencari maklumat berkenaan tugasan sekolah dengan mudah. Izzati juga senang untuk mencetak hasil kerja sekolah beliau kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding kedai di pekan. Izzati juga aktif mengikuti pelbagai aktiviti dan memenangi pelbagai hadiah menarik di PI.
Antara yang di pelajari oleh Izzati di PI adalah mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, Excel), mempelajari Asas media Baru (Internet, emel dan media social) dan menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PI. Setelah PI membantu Izzati dalam peningkatan tahap kemahiran IC, ia mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik, membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah.
Pusat Internet banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT
Izzati menyertai bengkel Latihan Microsoft Word dan antara aktiviti-aktiviti yang disertai oleh Izzati di PI serta Lihat Gambar Di Sini (Izzati baju kuning dan biru)