KEUSAHAWANAN I – SITI BALKIS BINTI ISHAK
Usahawan merupakan seorang pengedar atau agen makanan sunnah seperti Jus Produk Al Sunnah, Kopi Al Sunnah, Jus Penawar, Jus As Sunnah Gold.
Nama : SITI BALKIS BINTI ISHAK
Umur : 30 Tahun
Nama Perusahaan : MIRANIM HEALTHCARE
Ahli Pusat Internet : September 2015
Latar Belakang
Selepas menamatkan pembelajaran, Balkis mula bekerja di Syarikat Mydin Holdings pada tahun 2011 – 2014 sebagai pembantu akaun. Kemudian beliau bekerja di HIG (Haji Ismail Group Langkawi) pada tahun 2014 – 2016 sebagai penyelia coklat. Setelah itu beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke Batang Kali untuk menjaga mak beliau sambal menjual produk – produk As Sunnah bagi menampung perbelajaan harian beliau. Balkis juga terdetik untuk menjual produk-produk tersebut setelah menerima aduan sakit lutut dari keluarga dan berhasrat untuk mencari produk sesuai mereka.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Pada awal penglibatan menjadi pengedar dan ejen produk As Sunnah, Balkis hanya menjual produk-produk beliau kepada jiran terdekat dan keluarga. Balkis juga menjual produk tersebut kepada rakan-rakan beliau melalui FB dan juga Whatsapp. Beliau hanya memperoleh sebanyak RM200 sebulan pada awal perniagaan
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Sejak Siti Balkis menjadi Penolong Pengurus di Pusat Internet Sungai Masin, beliau mengambil peluang sepenuhnya menjual produk-produk beliau dengan aktif memandangkan pengguna Pusat Internet juga berkenan dengan produk beliau jual. Balkis juga aktif menggunakan laman web dashboard MyShop bagi mempromosikan produk As Sunnah beliau. Kini pendapatan Balkis boleh mencecah sehingga RM750 ke RM800 mengikut permintaan pelanggan.
Siti Balkis juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas pembangunan ICT (Microsoft Office), Bengkel Keusahawanan ( Media Sosial ) serta Bengkel MyShop agar dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaan. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Sg Masin membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin.
Bagi beliau, Pusat Internet ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau.
Semasa menyertai bengkel dan meletakkan produk beliau di MyShop serta Lihat Gambar Di Sini (Antara Aktiviti Di Hadiri Siti Balkis)
KEUSAHAWANAN II – FAZLIANA BINTI SAEARANI
Pn Fazliana merupakan seorang usahawan yang menjual kuih muih, nasi lemak, laksa dan menerima tempahan pelbagai jenis kuih. Beliau juga membuka homespa di rumahnya yang menawarkan servis facial dan juga solekan secara kecil-kecilan.
Nama : FAZLIANA BINTI SAEARANI
Umur : 34 Tahun
Nama Perusahaan : FAZLIANA’S DELIGHT & FAZLIANA’S CREATIVE
Ahli Pusat Internet : Disember 2017
Latar Belakang
Pn Fazliana merupakan seorang usahawan dan juga seorang suri rumah sepenuh masa. Sebelum beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, Pn Fazliana pernah bekerja sebagai pembantu pensyarah di UPSI (2007-2008), Pembantu Juru Solek (2008 – 2009) dan di syarikat courier (2009 – 2011) dan berhenti kerja setelah melahirkan anak yang ketiga. Arwah suaminya membantu sedikit demi sedikit dari segi kewangan bagi beliau memulakan perniagaan di rumahnya.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Pada permulaan perniagaan dengan hanya bermodalkan wang berjumlah RM5000 atas abntuan ibu bapa beliau, Pn Fazliana telah berjinak-jinak dengan membuat homespa seperti cucian muka, solekan serta rawatan kuku tangan serta kaki secara sambilan. Setelah beliau berkahwin, suaminya menggalakkan beliau untuk menjual kuih muih serta menerima tempahan dari pelbagai jenis kuih sehinggalah ke telur masin buatan sendiri. Pn Fazliana berusaha untuk mempromosikan perniagaan beliau melalui pamphlet, brochure, dan kad serta bantuan hebahan jiran dan kawan terdekat.pada awal perniagaan, Pn Fazliana hanya mampu meraih pendapatn sebanyak RM500 untuk perniagaan makanan serta RM 200 bagi homespa
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Sejak adanya kemudahan teknologi media sosial seperti Facebook dan Instagram Pn Fazliana begitu aktif mengiklankan perniagaan beliau secara meluas terutama dikalangan rakan serta kejiranan terdekat. Pn.Fazliana juga kerap kali mendapat pesanan dari kawasan setempat mahupun kawasan luar seperti di Tanjung Malim. Pn Fazliana juga membuat perkhidmatan penghantaran ke sekitar rumanya dan juga luar kawasan mengikut masa dan kesesuaian. Sejak suaminya meninggal dunia, Pn Fazliana gigih mencari pelbagai peluang untuk mengembangkan perniagaan beliau termasuk menyertai pelbagai kelas masakan dan mengambil sijil-sijil berkaitan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang yang digemari beliau. Selain itu, Pn Fazliana juga membuka gerai kecil menjual “Ice Blended” yang digemari oleh jiran dan kanak-kanak setempat. Kini pendapatan beliau boleh mencecah RM1000 ke RM2000 mengikut tempahan serta musim.
Pn Fazliana juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas pembangunan ICT (Microsoft Office), Bengkel Keusahawanan ( Media Sosial ) serta Bengkel MyShop agar dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaan. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Sg Masin membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin.
Bagi beliau, Pusat Internet ini sebagai 1 stop centre bagi komuniti Sg.Masin serta serba sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau.
Untuk menghubungi Pn Fazliana adalah Instagram : nanasaearani & Facebook : Fazliana Saearani Nana


CELIK IT – NATASYA BINTI ISMAIL
Mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, Excel) dan Asas media Baru (Internet, emel dan media social)
Nama : Natasya Binti Ismail
Umur : 19 Tahun
Ahli :September 2013
Latar Belakang
Natasya merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang bersekolah di Sekolah Menengah Syed Masyor Batang Kali. Natasya merupakan seorang pengguna tetap Pusat Internet Sungai Masin. Beliau amat rajin hadir ke Pusat Internet Sungai Masin untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti internet dan perkhidmatan cetakan. Disamping menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet Sungai Masin, beliau juga turut mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama-sama rakan beliau untuk membuat sedikit perbincangan mengenai kerja sekolah dan sebagainya. Beliau juga aktif mengikuti latihan dan juga sebarang aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Sungai Masin ini.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Selepas tamatnya SPM, Natasya hanya duduk di rumah sahaja sambal mengambil upah menjaga anak buahnya. Dengan nasihat oleh rakan karibnya, Natasya mengambil keputusan untuk menyertai Kelas dan Latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Sg.Masin.Natasya bersama 2 lagi orang rakannya menghadiri ke setiap kelas yang diadakan sebagai persiapan sekiranya Natasya bersama rakannya diterima masuk ke Universiti Tempatan kelak.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Sejak adanya Pusat Internet ini, Natasya banyak habiskan masa melayari internet untuk menyiapkan segala kerja sekolah nya mahupun membuat diskusi bersama rakan-rakan sekolah nya. Natasya juga mampu untuk menaip serta membuat tugasan-tugasan beliau dengan mudah tanpa perlu bantuan petugas Pusat Internet Sungai Masin. Natasya juga menggunakan pelbagai kemudahan lain seperti cetakan, memeriksa tahap kesihatan (KOSPEN) dan sebagainya. Tambahan pula, Natasya juga bergiat aktif sebagai sukarelawan Pusat Internet Sungai Masin bagi membantu setiap program yang dijalankan oleh Pusat Internet Sungai Masin. Kini Natasya berjaya mengambung pelajaran beliau di Insititusi Awam di dalam bidang yang digemari beliau.
Pusat Internet banyak membantu beliau untuk berkembang lebih maju seiring dengan peradaran zaman yang memerlukan pengetahuan tentang asas teknologi dan pekomputeran. Tambahan pula, dengan menghadiri kelas ICT seperti ini, sedikit sebanyak dapat membantu beliau supaya lebih bersedia untuk menempuh pelbagai rintangan untuk melangkah ke alam university dan sewaktu dengannya.
Natasya menyertai bengkel Latihan Microsoft Word serta antara aktiviti yang disertai oleh Natasya di Pusat Internet menjadi sukarelawan semasa program