mcmc
Kisah kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA 2018

DSCN4269

KEUSAHAWANAN I – ROSIDAH BINTI MOHAMED & INTAN SURAYA BINTI HAMZAH

Usahawan berasaskan makanan seperti kuih-muih dan air di sekitar Kg Sg Masin.

Nama  : ROSIDAH BINTI MOHAMED & INTAN SURAYA BINTI HAMZAH

Umur   : 54 Tahun & 18 Tahun

Ahli      : 2013

 

Latar Belakang

Pn Rosidah mula berniaga secara kecil kecilan sejak 22 tahun yang lalu. Perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan bersama suami hanya mampu menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga. Perniagaa pertama yang dijalankan Pn Rosidah adalah menjual buah-buahan manakal suaminya membuat penghantaran nasi ke kilang (tempahan). Dengan hanya berbekalkan motor dan lori usang, mereka menjalani perniagaan tanpa kenal erti putus asa sehingga mampu menyewa sebuah kedai di hadapan rumahnya setelah beberapa tahun berniaga sebagai penjual buah.

Kini Pn Rosidah ditemani anak perempuannya iaitu Intan Suraya Binti Hamzah bagi membantu perniagaan mereka yang semakin berkembang.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Setelah beberapa tahun menjual buah-buahan, Pn Rosidah membuka kedai di hadapan rumahnya selama 9 tahun menjual nasi dan lauk-pauk.dan penjualan buah-buahan dihentikan bagi memberi focus kepada kedai yang baru dibuka nya. Akan tetapi, tuan kedai mereka ingin mengambil semula kedai tersebut maka mereka terpaksa menjual kuih muih di persimpangan pekan berdekatan. Walaubagaimanapun, Pn Rosidah tetap berjaya menjual kuih muih tersebut kerana kuih muih beliau diakatakan sangat lazat dan harganya berpatutan. Pada awal penjualan kuih tersebut Pn Rosidah mampu meraih pendapatan kasar sebanyak RM1000.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Setelah adanya kemudahan seperti media sosial dan internet, Pn Rosidah bersama suami cuba mengambil inisiatif untuk memohon bantuan kewangan dari pelbagai tempat. Beliau yang dibantu anaknya Intan berusaha mencari sumber pembiayaan bagi menampung kos jualan yang meningkat saban hari. Kini dengan bantuan pihak ZAKAT MAIWP, Pn Rosidah boleh berulang alik berniaga dengan trak kecil (Food Truck) yang ditaja oleh pihak ZAKAT. Kini perniagaan beliau menjadi lebih mudah dengan adanay kemudahan seperti Whatsapp kerana pelanggan boleh membuat tempahan secara langsung menggunakan kemudahan teknologi sedia ada. Kini Pendapatan kasar beliau boleh mencecah sehingga RM2000 bergantung kepada tempahan pelanggan dan juga tempahan set truck.

Intan Suraya Binti Hamzah juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas pembanguna ICT (Microsoft Office),  Bengkel Keusahawanan ( Media Sosial ) serta Bengkel MyShop agar Pusat Internet Kg Sg Masin dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaan. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Sg Masin membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin.

 

  DSCN4236

Intan ketika mengemaskini                                             Intan bersama dan Pn Rosidah menyertai aktiviti

laman web Dashboard MyShop                                     di Pusat Internet Kg Sg Masin

 

KEUSAHAWANAN II – PN NOR HASLIDA BINTI AB RAHMAN

Usahawan Kristal (aksesori) dan di dalam bidang masakan dan makanan seperti kuih muih dan makanan western.

Nama  : PN NOR HASLIDA BINTI AB RAHMAN

Umur   : 43 Tahun 

Ahli      : Januari 2018

Latar Belakang

Pn.Haslida pernah bekerja sebagai kerani di Genting selama 10 tahun sebelum bergelar usahawan sepenuh masa. Oleh kerana mengalami masalah seperti isu penjagaan anak, Pn Haslida terpaksa berhenti kerja dan menjaga sepenuh masa anak beliau. Oleh kerana minat yang mendalam di dalam perniagaan Kristal, Pn Haslida mula mengikuti kelas-kelas pembuatan gelang dan aksesori Kristal oleh Yuen Agata pada lewat tahun 2006. Dan kini Pn Haslida masih lagi membuat aksesori Kristal tetapi menumpukan sepenuh masa bagi bidang masakan terutamanya penghantaran makanan barat. Bagi aksesori Kristal, Pn Haslida mampu membuat gelang, rantai, kerongsang dan cincin seiring dengan kehendak pelanggan yang mahu rekaan terkini dan cantik. Kini Pn Haslida menjual makanan sejuk beku seperti karipap ikan, murtabak roti jala, sata goreng dan sebagainya. Manakala Chicken Chop, Aneka Pasta, Sup Cendawan serta Fish n Chip adalah contoh menu bagi servis penghantaran. Bagi Servis penghantaran makanan barat pula, Pn Haslida memilih untuk menghantar pada sebelah petang dan malam sahaja.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Pada permulaan perniagaan Kristal beliau, Pn Haslida mampu meraih pendapatan sebanyak RM 2000++ sebulan begantung kepada permintaan pelanggan. Pn Haslida hanya bergantung kepada kawan-kawan beliau yang membeli aksesori gelang Kristal dan disebarkan dengan cara kaedah lisan. Oleh kerana permintaan gelang Kristal yang semakin merudum, Pn Haslida tidak berputus asa untuk mencuba sesuatu yang baru bagi menambah pendapatan beliau sekeluarga. Pn Haslida berjinak-jinak di dalam bidang masakan terutamanya pencuci mulut tradisional.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Walaupun Pn Haslida tidak begitu aktif menggunakan media sosial seperti facebook dan Instagram, Pn Haslida bergantung penuh dengan teknik pemasaran melalui Pesanan Ringkas Whatsapp yang mampu mengiklankan perniagaan beliau secara meluas terutama dikalangan rakan serta kejiranan terdekat. Pn.Haslida juga kerap kali menghantar makanan yang ditempah seperti pencuci mulut ke Hotel-Hotel di Genting dan kini aktif membuat penghantaran makanan barat disekitar Batang Kali. Selain itu, Pusat Internet Kg Sg Masin juga banyak membantu Pn Haslida dari segi perkhidmatan dan sebagai 1 stop centre bagi komuniti Sg.Masin. Antara perkhidmatan yang di gunakan oleh Pn Haslida di Pusat Internet Kg Sg Masin adalah kelas dan bengkel khas unutk usahawan-usahawan serta Kelas Dashboard MyShop yang dapat mempromosikan produknya kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin.Kini Pn Haslida mampu meriah pendapatan kasar sebanyak RM 3-4 ribu sebulan bergantung kepada permintaan

Pn Haslida mengakui kepada Pusat Internet Kg Sg Masin kerana banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya asas internet dan komputer.

 DSCN4277 DSCN4171

Pn Haslida ketika mengemaskini                                    Pn Haslida ketika bersama menyertai aktiviti

laman web Dashboard MyShop                                     di Pi1M

 

CELIK IT – MOHD ADAM BIN RASIB

Mempelajari Asas Microsoft Office, Mempelajari Asas media Baru dan Membuat Rancangan Perniagaan Ringkas.

Nama  : MOHD ADAM BIN RASIB

Umur   : 19 Tahun 

Ahli      : September 2013

Latar Belakang

Adam merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang bersekolah di Sekolah Menengah Syed Masyor Batang Kali. Adam merupakan seorang pengguna tetap Pusat Internet Kg Sg Masin. Beliau amat rajin hadir ke Pusat Internet Kg Sg Masin untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti internet dan perkhidmatan cetakan. Disamping menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet Kg Sg Masin , beliau juga turut mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama-sama rakan beliau untuk membuat sedikit perbincangan mengenai kerja sekolah dan sebagainya. Beliau juga aktif mengikuti latihan dan juga sebarang aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin ini.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Sebelum wujudnya Pi1M Sg.Masin, Adam hanya ke Pekan berdekatan untuk mengguankan komputer dan internet serta mencetak kerja-kerja sekolah beliau. Tetapi kini, Adam tidak perlu berulang alik ke pekan berdekatan sejak tertubuhnya Pusat Internet Kg Sg Masin. urusan dan setiap kerja sekolah beliau dapat diselesaikan dengan begitu mudah. Kadang kala Adam juga perlu berkongsi menggunakan komputer dengan adik-beradik beliau yang juga ingin memakai Laptop/komputer yang ada di rumahnya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Bermula pada Disember 2016, Adam beserta kawan-kawan beliau mengambil keputusan untuk menyertai bengkel Microsoft Office yang ditawarkan oleh pihak Pusat Internet Kg Sg Masin bagi lepasan SPM. Adam beserta kawan-kawannya mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, excel, Asas media Baru) selama lebih kurang 3 bulan dan Adam dikehendaki untuk menjalani ujian khusus Microsoft office sebelum diberikan Sijil Penghargaan. Adam juga telah menerima pelbagai cenderahati hasil daripada menyertai pelbagai aktiviti dan bengkel yang dibuat oleh pihak Pusat Internet Kg Sg Masin.

Adam mengakui bahawa Pusat Internet Kg Sg Masin banyak membantu beliau untuk berkembang lebih maju seiring dengan peradaran zaman yang memerlukan pengetahuan tentang asas teknologi dan pekomputeran. Dengan adanya kelas dan aktiviti yang menarik, ia membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta memudahkan beliau untuk memohon atau mengisi segala borang-borang yang terdapat did dalam atas talian. Tambahan pula, dengan menghadiri kelas ICT seperti ini, sedikit sebanyak dapat membantu beliau supaya lebih bersedia untuk menempuh pelbagai rintangan untuk melangkah ke alam university dan sewaktu dengannya.

 DSCN3080  adam

Diantara kelas dan latihan yang dihadiri oleh Adam serta rakan-rakannya dan ketika menyertai bengkel

Ujian Literasi ICT mereka mendapat cenderahati atas penglibatan sepanjang bengkel di adakan. ( Adam berbaju biru)