mcmc
Kisah kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA 2019

DSCN4974 640x480

KEUSAHAWANAN I – Rawanie Haylies Binti Ramli

Rawanie seorang pengusaha Tapai Pulut Manis Opah secara kecil kecilan.Disamping menjual tapai, Pn Rawanie juga menjadi ejen menjual supplement dan tudung instant berjenama Callista

Nama  : Rawanie Haylies Binti Ramli

Umur   : 34 Tahun

Nama Perusahaan :  Tapai Pulut Manis Opah

Ahli  Pusat Internet : Januari 2019

Latar Belakang

Rawanie merupakan seorang suri rumah sepenuh masa sambil menjual dan mengusahakan Tapai Pulut resipi turun termurun keluarga beliau. Pn Rawanie juga menjual beberapa produk sambilan seperti tudung dan supplement sebagai ejen untuk menampung perbelajaan keluarga. Sebelum menjual Tapai Pulut Manis Opah secara sepenuhnya, Pn Rawanie pernah bekerja di Perodua Sales sehingga tahun 2016 dan behenti sepenuhnya untuk menjaga anaknya yang kurang upaya (OKU). Pn Rawanie aktif mengambil tempahan Tapai khas untuk majlis keraian seperti majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, kenduri kecil kecilan dan sebagainya.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Pada mulanya, Pn. Rawanie tidak mengetahui kewujudan PI ini. Namun setelah mendapat iklan berkenaan dengan latihan keusahawanan MDEC yang diadakan di PI Kalumpang, Pn. Rawanie tidak melepaskan peluang untuk menyertai bengkel sehari yang diadakan di PI Kalumpang. Namun pada penghujung tahun 2018, Pn Rawanie mengambil keputusan untuk berpindah ke Batang Kali. Kini Pn. Rawanie menjadi pengguna tetap PI Kg Sg.Masin untuk melayari internet dan menghadiri kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Setelah menjadi pengguna tetap PI, Pn Rawanie sering berkunjung PI untuk mengemas kini produk jualan beliau dan menggunakan perkhidmatan PI yang lain. Oleh kerana Pn Rawanie mahir menggunakan komputer, Pn Rawanie memuat naik produk beliau ke laman wen dashboard dan media sosial beliau. Sejak penglibatan Pn Rawanie dalam perniagaan tapai ini, beliau mampu menumpukan sepenuh perhatian di dalam proses pembuatan tapai sambil menjadi ejen jualan. Pada sesetangah masa, Pn Rawanie mampu meraih sehingga RM800 ke RM1000 mengikut tempahan dan musim.

Pn Rawanie juga telah menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas Bengkel Keusahawanan ( MDEC) dan Bengkel MyShop agar dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaannya. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Sg Masin membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin.

Bagi beliau, Pusat Internet ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau.

Untuk menghubungi Pn Rawani adalah Instagram : rawaniehaylies dan Facebook : Rawanie Haylies Ramli

 DSCN4975 640x480

 Antara Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri Pn Rawanie iaitu menyertai bengkel dan meletakkan produk beliau di MyShop.

Untuk keterangan lanjut mengenai penglibatan Pn Rawanie di  Pusat Internet Kg Sg Masin seperti Produk / Hasil Transformasi iaitu antara produk yang dijual Pn Rawanie, Promosi di Media Sosial ( Laman web Dashboard MyShop dan media sosial Pn Rawanie ) serta aktiviti yang disertai oleh Pn Rawanie dalam proses penghasilan produk, penglibatan dan promosi produknya di PI Kg Sg Masin. Lihat Gambar Di Sini dan Kelas Dashboard Myshop

 

KEUSAHAWANAN II – Ahmad Rizal bin Abu Bakar

En.Rizal merupakan seorang pengedar kerepek tradisional. Beliau merupakan salah seorang pengedar kerepek berjaya dari Nor Murni Resources. Diantara kerepek yang dijual oleh En.Rizal adalah kerepek pedas kering, kerepek ubi kari, kerepek keladi ungu, dan kerepek keladi original.

Nama  : Ahmad Rizal bin Abu Bakar

Umur   : 47 Tahun

Nama Perusahaan Kerepek yang Diedar : Nor Murni Resources

Ahli  Pusat Internet : Januari 2014

Latar Belakang

En.Rizal adalah seorang Nazir Masjid di Masjid Kg Sg.Masin. Selama beliau menjadi Nazir Masjid di sini, beliau banyak membantu masjid dari aspek-aspek kesejahteraan dan kelestarian Masjid Sg.Masin. Pelbagai Program yang bertemakan ilmiah telah dianjurkan di Masjid berkenaan dan menarik minat penduduk untuk hadir ke masjid. Beliau juga dikenali sebagai Nazir yang rajin dan suka mengambil peluang untuk berniaga demi membantu menaikkan ekonomi keluarga beliau. Beliau yang juga merupakan ayah kepada 6 orang anaknya tidak pernah berhenti mencari peluang rezeki termasuk menjadi pengedar kerepek Nor Murni Resources.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin

Sebelum wujudnya PI ini, En.Rizal hanya ke pekan yang Cyber Café berhampiran  untuk mencetak dan melayari internet. En.Rizal juga pernah menghadiri kelas komputer yang disediakan oleh pihak JAIS. Dengan sedikit ilmu pengkomputeran, En Rizal mampu menggunakan komputer sendiri serta menjadikan kerja harian sebagai Nazir Masjid lebih mudah. Sebelum En.Rizal mengambil keputusan untuk meletakkan produk jualannya di PI, En Rizal meletakkan di pelbagai tempat seperti di kedai makan dan gerai-gerai yang berhampiran.beliau juga mengambil tempahan secara pukal. Pada awal perniagaan beliau meriah sebanyak RM500 – RM600 mengikut tempahan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, beliau dijemput untuk hadir ke mesyuarat AJK PI dan sebagai seorang admin MySoal. Oleh kerana beliau tertarik dengan perkhidmatan  yang ditawarkan oleh PI, beliau sering datang dan menggunakan hampir kesemua perkhidmatan seperti cetakan, internet dan pembayaran bil. Menyedari akan terdapat ramai pengguna di PI, beliau bercadang untuk meletakkan kerepek beliau di PI, pada awal jualan, beliau menjual sebanyak 10 unit kerepek. Kini beliau mempu meletakkan sehingga 20 unit kerepek pada satu masa. Kini pendapatan beliau mampu mencecah RM800 – RM1000.

En.Rizal juga telah menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya menghadiri Mesyuarat AJK PI, Kelas Dashboard MySoal serta menghadiri aktiviti serta bengkel usahawan yang lain di PI.

Bagi beliau, Pusat Internet Kg Sg Masin ini sedikit sebanyak membantu  dari segi perkhidmatan dan sebagai 1 stop centre bagi komuniti Kg Sg Masin serta kelas dan bengkel khas untuk usahawan-usahawan.

DSCN2773 oo

En.Rizal menghadiri kelas Usahawan dan MySoal.

Untuk keterangan lanjut mengenai penglibatan En.Rizal di  Pusat Internet Kg Sg Masin seperti Produk / Hasil Transformasi iaitu antara produk yang dijual En.Rizal, Promosi di Media Sosial ( Laman web Dashboard MyShop dan media sosial En.Rizal ) serta aktiviti yang disertai oleh En.Rizal dalam proses penghasilan produk, penglibatan dan promosi produknya di PI Kg Sg Masin. Lihat Gambar Di Sini

 

CELIK IT – PUTRI NURAMIRA NATASYA BINTI MOHD ROHIZAT

Mempelajari Asas Microsoft Office (Word, Power Point, Excel) , Mempelajari Asas Media Baru (Internet, emel dan media social), Menyertai aktiviti & pertandingan yang dianjurkan PI dan Menghadiri program seperti Open Day yang dianjurkan oleh PI.

Nama  : PUTRI NURAMIRA NATASYA BINTI MOHD ROHIZA

Umur   : 13 Tahun 

Ahli      : April 2014

Latar belakang

 Putri merupakan seorang pelajar tingkatan 1 yang bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Baru Batang Kali. Putri merupakan seorang pengguna tetap PI Sg.Masin sejak dari tahun 2014 lagi. Beliau amat rajin hadir ke PI untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti internet dan perkhidmatan cetakan. Putri pada mulanya mengikuti ibunya  ke PI kerana berdekatan dengan tempat kerja ibunya. Oleh kerana ibunya juga sering membuat program bersama PI, putri juga rajin menyertai setiap program yang diadakan oleh PI. Disamping menggunakan kemudahan yang ada di PI, beliau juga turut mengambil kesempatan untuk mempelajari dan menyertai segala aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh PI Sg.Masin.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum kewujudan PI, Putri serta rakan-rakannya hanya meluangkan masa di Perpustakaan Desa Sg.Masin dan di rumah kawannya. Membuat kerja sekolah yang memerlukan akses internet dan komputer menjadi lebih sukar kerana CC jauh dan Putri tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah beliau. Di Perpustakaan tempat ibunya bekerja mempunyai kelengkapan komputer, tetapi tiada kemudahan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak adanya Pusat Internet ini, Putri banyak habiskan masa melayari internet pada hujung minggu dan sewaktu cuti sekolah untuk menyiapkan segala kerja sekolahnya. Putri juga mampu untuk menaip dan mencari maklumat berkenaan tugasan sekolah dengan mudah. Putri juga senang untuk mencetak hasil kerja sekolah beliau kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih  murah berbanding kedai di pekan. Putri juga aktif mengikuti pelbagai aktiviti dan memenangi pelbagai hadiah menarik di PI.

 PI membantu Putri dalam peningkatan tahap kemahiran ICT, ia mewujudkan kelas serta aktiviti yang menarik, membantu beliau untuk menaip segala kerja-kerja yang memerlukan komputer seperti slide-slide dan jadual harian serta membantu dari segi kelas dan latihan yang mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar sekolah.

Pusat Internet banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT

P P2

Puteri menyertai bengkel Latihan Microsoft Word dan antara aktiviti-aktiviti yang disertai oleh Puteri di PI sila Lihat Gambar Di Sini (Puteri yang baju dan tudung hitam)Lihat Gambar Di Sini serta Lihat Gambar Di Sini.