KEUSAHAWANAN I – ADZLINDA BINTI WAN AZRAN
Pn Adzlinda merupakan seorang usahawan kuih muih, lauk pauk tradisional dan juga modern seperti kek dan brownies.
Nama : Pn Adzlinda Binti Wan Azran
Umur : 32 Tahun
Nama Perusahaan : The Kueh
Ahli Pusat Internet : September 2019
Latar Belakang
Pn.Adzlinda merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang bergiat aktif di dalam bidang masakan. Beliau kini menetap di Batang Kali, telah bergiat di dalam bidang masakan kuih muih sejak beberapa tahun yang lepas. Oleh kerana ingin menambah pendapatan keluarga, Pn Adzlinda secara kecil-kecilan mengambil tempahan dari kalangan rakan-rakan beliau. Setelah beberapa tahun menetap di Batang Kali dan beliau kini sudah boleh mendapat pelanggan tetap dari penduduk sekitar Batang Kali malahan juga sehingga ke Kuala Lumpur
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Pn.Adzlinda mempunyai pengetahuan yang agak mahir mengenai komputer. Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau hanya menggunakan komputer di rumah untuk menaip segala dokumen berkaitan perniagaan beliau. Pada awal perniagaan, Pn Adzlinda juga mempromosikan perniagaan beliau secara kaedah sebaran mulut dari rakan ke rakan yang lain. Oleh kerana factor umur Pn Adzlinda yang muda, beliau mampu bergerak aktif untuk mempromosikan perniagaan beliau. Pada awal perniagaan beliau meraih pendapatan tidak tetap lebih kurang di dalam RM500 – RM800 mengikut kepada tempahan dan musim
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet Kg Sg Masin
Setelah Pn Adzlinda menglibatkan diri dengan bengkel dan latihan yang diadakan di PI, beliau mampu membuka Facebook dan Instagram dan juga mampu membuat iklan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp. Tambahan pula, dengan menyertai bengkel dan latihan di PI memudahkan Pn Adzlinda memperluaskan kenalan disamping mempromosikan perniagaan beliau dikalangan peserta-peserta bengkel. Kini, Pn Adzlinda senang mengambil tempahan menerusi group whatsapp dan juga pesanan dari Instagram. Pn Adzlinda juga kerap memuat naik hasil tempahan dan produk makanan ke dalam Instagram beliau untuk tatapan para pembaca. Kini Pn Adzlinda mampu meraih pendapatan RM1000 – RM2000 mengikut tempahan dan musim
Pn Adzlinda juga menyertai segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Sg Masin antaranya kelas Bengkel Keusahawanan ( Media Sosial ), Menyertai Bengkel Asas Media Baru serta Bengkel MyShop agar dapat membantu mempromosikan produknya di webpage Dashboard Komuniti dan dapat mengembangkan perniagaan. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Sg Masin membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada pengunjung-pengunjung Pusat Internet Kg Sg Masin. Selain itu, Pn Adzlinda juga mengadakan jualan kecil di PI sempena program seperti Open Day dan Jom Sihat
Bagi beliau, Pusat Internet ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan. lebih lebih lagi kursus keusahawanan dan kelas komputer. Dengan minat yang ada dan berkat ilmu yang dipelajari, beliau dapat menambahkan pendapatan dan jumlah produksi jualan beliau,
Untuk menghubungi Pn Adzlinda Instagram : The Kueh