Pn.Aishah merupakan seorang usahawan produk kesihatan Jamu Serimuda.
Nama : Siti Aisyah Abd Rahim
Umur : 48 Tahun
Nama Perusahaan : Jamu Serimuda
Ahli Pusat Internet : Jun 2020
Latar belakang |
Pn.Aishah merupakan seorang usahawan produk kesihatan Jamu Serimuda. Pn.Aishah mula berjinak dalam bidang perniagaan jamu pada Februari 2019 dengan menghasilkan sendiri produk jamu beliau. Produk jamu beliau mula mendapat sambutan dikalangan wanita-wanita berumur yang telah diketahui keberkesanan untuk dijadikan sebagai suplemen dan makanan tambahan yang bagus untuk wanita. Beliau aktif mempromosikan produk beliau di media sosial dan juga secara hebahan melalui kenalan rapat. Walaupun Pn Aishah menetap di Setapak KL, beliau tetap hadir ke PI untuk menjalani latihan yang diadakan memandangkan kenalan beliau tinggal di Batang Kali.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI |
Pn.Aishah mempunyai pengetahuan yang agak mahir mengenai komputer. Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau hanya menggunakan telefon pintar beliau bagi menguruskan perihal kemasukan tempahan produk jamu beliau. Pada awal perniagaan, Pn.Aishah juga mempromosikan perniagaan beliau secara kaedah sebaran mulut dari rakan ke rakan yang lain dan juga menggunakan page FB untuk mempromosikan produk beliau. Oleh kerana kenalan FB yang agak terhad, beliau mengambil keputusan untuk memasarkan jamu beliau secara meluas di platform yang lain. Pada awal perniagaan beliau meraih pendapatan tidak tetap lebih kurang di dalam RM300-400
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI |
Setelah Pn.Aishah menglibatkan diri dengan bengkel dan latihan yang diadakan di PI dan juga seminar usahawan luar yang lain, beliau juga mempelajari cara untuk menjual produk di dalam web e dagang seperti Shopee dan Lazada. Tambahan pula, dengan menyertai bengkel dan latihan di PI memudahkan Pn.Aishah memperluaskan kenalan disamping mempromosikan perniagaan beliau dikalangan peserta-peserta bengkel. Kini, Pn.Aishah senang mengambil tempahan menerusi group whatsapp dan juga pesanan dari Facebook dan juga Shopee. Kini Pn.Aishah mampu meraih pendapatan RM1000-1500.
Pn.Aishah mengatakan PI banyak membantu beliau dari segi pelbagai aspek dan peranan. Beliau berharap agar PI kekal dan boleh membantu ramai orang-orang kampung supaya lebih celik IT.