i) PROGRAM KOSPEN – BELIA CERGAS WANITA
Tarikh : 19 APRIL 2018
Masa : 9.00 Pagi– 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 13 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi sedikit refresh taklimat kepada KOSPEN lokaliti Desa Alam Ria serta cara untuk mengisi data ke dalam system MOVEs KOSPEN mereka. Taklimat disampaikan oleh pegawai PKD Kuala Kubu Bharu.
Dengan adanya taklimat ini, para AJK /Ahli KOSPEN dapat senantiasa bergerak dengan aktif bagi mencapai Sasaran yang telah ditetapkan oleh KOSPEN..
AKTIVITI
Antara aktiviti – aktiviti KOSPEN yang diadakan adalah taklimat KOSPEN dan Isian Data Online.
ii) PEMBELAJARAN ONLINE – PELAJAR SEKOLAH
Tarikh : 21 APRIL 2018
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar untuk menggunakan platform seperti e-learning untuk mengasah tahap pembelajaran mereka selain menggunakan bahan bacaan atau latihan dari sekolah.
Dengan adanya pembelajaran online, para peserta dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang asas komputer yang lain seperti Microsoft Word dan Power Point serta Youtube.
AKTIVITI
Antara aktiviti – aktiviti yang di lakukan adalah latihan atas talian (e-learning) serta KDB (Melayari Web Dengan Selamat).
iii) PI1M MENYERTAI PROGRAM JOM AKTIF & SIHAT 2018
Tarikh : 22 APRIL 2018
Masa : 7.00 Pagi– 1.00 Petang
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Antara Gapi
Peserta : 3 orang petugas PI1M (Kg Sg Masin, Taman Kelisa & Taman Bukit Raya)
TUJUAN
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran akan pentingnya kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dengan adanya pelbagai aktivti serta pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh PIhak PKD dan Badan Bukan kerajaan yang lain serta di samping mereka dapat memeriksa tahap kesihatan secara percuma, pengunjung juga dibekalkan dengan makanan serta hadiah menarik bagi yang mana menyertai pertandingan yang diadakan.
AKTIVITI
Seramai lebih 150 pengunjung telah hadiri ke program ini dan antara aktiviti – aktiviti yang di lakukan adalah :-
- *Pemeriksaan kesihatan
- *Pemeriksaan pap smear
- *Pemeriksaan gigi
- *Pemeriksaan kolestrol
- *Peraduan mewarna
- *Demo makanan sihat
- *Sukaneka
- *Explorace denggi
- *Jualan produk berkaitan kesihatan
- *Jualan makanan
- *Pelbagai pameran kesihatan
- *Peyampaian hadiah
iv) PROGRAM KOSPEN – BELIA CERGAS LELAKI
Tarikh : 27 APRIL 2018
Masa : 9.00 Pagi– 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 13 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi memperkenalkan KOSPEN kepada belia wanita sekitar Batang Kali serta memperkenalkan Dashboard Mobile Apps Installation serta mempromosikan kebaikan dan kemudahan menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia.
Dengan adanya KOSPEN , ini dapat memudahkan para penduduk untuk memeriksa kesihatan mereka tanpa pergi ke klinik di pekan berdekatan. Ini juga membantu penduduk supaya lebih peka tentang tahap kesihatan masing-masing dan juga cuba untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas Pi1M dan juga AJK Lokaliti Kospen yang berdekatan.
AKTIVITI
Antara aktiviti – aktiviti KOSPEN yang diadakan adalah :-
- a) Pengunjung mendaftar borang KOSPEN dan juga borang ahli kepada yang berminat
- b) Pengunjung yang hadir di ambil ukuran tinggi dan berat badan menggunakan peralatan yang telah disediakan oleh Kospen
- c) Pengunjung diperiksa tahap kesihatan mereka dengan pemeriksaan darah tinggi dan glukosa di dalam badan. Pengunjung juga ditanya mengenai sejarah penyakit diri sendiri serta keluarga .
d) Mereka juga diberi sedikit pendedahan berkenaan sistem Dashboard MyHealth dengan sistem pemantauan tahap kesihatan yang menyeluruh.