mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2019

i) Kelas Membuat Poster Ringkas Microsoft Publisher Untuk Pelajar Sekolah

Tarikh         : 06 April 2019

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 6 orang 

 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah serta melatih pelajar sekolah dengan membuat poster paling mudah di Publisher dan memberi pendedahan mengenai web lain yang menawarkan khidmat edit poster secara ringkas.

AKTIVITI

  • Aktiviti ini dimulakan dengan petugas memberi penerangan tentang topik yang berkaitan secara lengkap agar pelajar yang menyertai aktiviti ini dapat memahami dan mencuba pelbagai jenis template poster sedia ada atas talian. Ia juga memastikan pelajar mendapat contoh poster yang dibuat dan mengikut template tersebut dengan betul.

 

Setelah di beri penerangan tentang Microsoft Publisher secara ringkas, pertandingan dilakukan secara individu dan hadiah akan diberikan kepada pemenang yang berjaya meniru poster template yang diberikan dengan memberi aktiviti sokongan iaitu contoh poster di dalam web online

  • Dengan adanya aktiviti seperti ini, pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta dapat mempelajari cara memasukkan gambar dan bentuk menarik di publisher bagi melahirkan pelajar celik IT.

 

Lihat Gambar Di Sini

 

ii) Kelas Video Perbentangan Ringkas Microsoft Power Point

Tarikh         : 13 April 2019

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 5 orang 

 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah dan melatih pelajar sekolah dengan membuat video ringkas dengan hanya menggunakan Power Point dengan memberi pendedahan mengenai pelbagai pembelajaran yang dapat dibuat dari Power Point.

AKTIVITI

  • Aktiviti ini dimulakan dengan petugas memberi penerangan tentang topik yang berkaitan secara lengkap agar pelajar yang menyertai aktiviti ini dapat mencuba membuat video dari Power Point Slides dengan memberikan contoh video yang pernah dibuat oleh peserta sebelum ini.
  • Setelah diberikan penerangan tentang tajuk video, setiap peserta hendaklah menyiapkan 1 video dengan membuat carian gambar yang berkenaan dengan video. Pelajar juga diberi aktiviti sokongan iaitu Tayangan Video KDB (Keselamatan di dalam talian).

 

Dengan adanya aktiviti seperti ini, pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Selain ia membantu pelajar dapat membuat video ringkas pada bila bila masa sahaja di PI dan ini dapat melahirkan pelajar celik IT.

 Lihat Gambar Di Sini

 

iii) Mesyuarat Khairat Kematian Kg Sg.Masin & Mukim Batang Kali

Tarikh         : 21 April 2019

Masa          : 2.30 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : Seramai 16 orang telah hadir ke mesyuarat ini.

TUJUAN

Wakil – Wakil dari taman perumahan termasuk dari Taman Seri, Bandar Baru, Kg Sg.Masin, Taman Desa Jaya, Tmn Genting Permai, Kg Kuantan, Kg Hulu Rening dan Desa Alam Ria berkumpul bermesyuarat bagi membincangkan tentang hal tabung khairat kematian yang bakal diagihkan kepada keluarga si mati.

AKTIVITI

Antara aktiviti – aktiviti yang diadakan adalah memberi penerangan ringkas tentang PI dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI serta senarai bengkel yang dibuat. serta peserta yang menyertai mesyuarat boleh menggunakan perkhidmatan PI sedia ada seperti internet, perkhidmatan percetakan dan lain-lain.

Dengan adanya Pusat Internet, para wakil mesyuarat khairat kematian dapat berkumpul dan membincangkan hal-hal yang terkini melibatkan isu-isu kampung masing masing serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah-masalah tersebut dan ahli khairat kematian yang baru boleh mengenali PI dan menggunakan perkhidmatan PI seterusnya menjadi ahli PI. Petugas juga memberi aktiviti sokongan iaitu edaran flyers KDB.

Lihat Gambar Di Sini 

 

iv) Kelas Bersama KEMAS Hulu Selangor Formula dan Pivot Table untuk Perniagaan (Microsoft Excel)

Tarikh         : 25 April 2019

Masa          : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 7 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para guru KEMAS akan bagaimana untuk membuat membina jadual pivot dan lainnya di dalam Microsoft Excel secara ringkas serta memberi pendedahan tentang keperluan formula ringkas di dalam Excel seperti Sumif countif dan sumproduct.

AKTIVITI

Antara aktiviti – aktiviti yang diadakan adalah memberi penerangan ringkas tentang excel iaitu tentang formula seperti Sumif countif dan sumproduct. Setelah itu, petugas akan memastikan setiap guru KEMAS memahami tentang topik pengajaran yang diajar dan guru yang masih tidak faham akan diberikan tunjuk ajar secara individu sehingga peserta faham. Ada juga sebahagian guru menyiapkan latihan excel yang telah diberi pada kelas-kelas yang lepas.

Dengan adanya Pusat Internet, peserta mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami kerana setiap kelas yang diadakan untuk pengajar KEMAS adalah berlainan serta ia juga dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Petugas juga memberi aktiviti sokongan iaitu Klik Dengan Bijak.

Lihat Gambar Di Sini